Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityMichelle Yeoh Bergelar Isteri Kepada Jean Todt Selepas Hampir 20 Tahun Bertunang!

    Michelle Yeoh Bergelar Isteri Kepada Jean Todt Selepas Hampir 20 Tahun Bertunang!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon kelahiran Malaysia yang berjaya mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya bergelar isteri kepada tunangnya, Jean Todt. Pasangan ini telah bertunang sejak 26 Julai 2004.

    Tepat 6.992 Hari Sejak Bertemu Pada 2004

    Khabar gembira itu dikongsi oleh bekas pemandu Formula One, Felipe Massa menerusi hantaran di Instagram, yang memaparkan Michelle dan Todt telah melangsungkan perkahwinan di Geneva pada 27 Julai 2023 yang hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan rapat. Malah, hari perkahwinan mereka juga tepat 6,992 hari sejak mereka bertemu pada 4 Jun 2004.

    “Happy marriage Jean Todt & Michelle Yeoh. Love you so much.”-kapsyen Felipe Massa di Instagram

    Michelle Yeoh telah berjaya mengharumkan negara selepas menjadi bintang Asia Pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, menerusi filem Everything Averywhere All At Once pada Anugerah Akademi (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Mac lalu.

    Memegang watak Evelyn Quan Wang menerusi filem Everything Everywhere All At Once, beliau berjaya menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie, Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams (The Fabelmans), dan Ana de Armas (Blonde).

    Sekadar info, Jean Todt merupakan general manager untuk Scuderia Ferrari dari tahun 1993 hingga 2007, dan juga menjadi CEO sejak 2004 hingga 2007.

    Tahniah kami ucapkan buat Michelle Yeoh dan Jean Todt!



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts