Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityMiera Liyana Akui Tidak Sesekali Mencampuri Urusan Suami Dengan Isteri Pertama, Lebih...

    Miera Liyana Akui Tidak Sesekali Mencampuri Urusan Suami Dengan Isteri Pertama, Lebih Suka Buat Hal Sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon Miera Liyana mendedahkan tidak sesekali mencampuri urusan rumah tangga suami, Rosland Othman dengan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.

    Bercakap kepada program hiburan Melodi, Miera, 29, menegaskan, dia menyerahkan sepenuhnya kepada suami untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan isteri pertama.

    “Saya tidak akan sesekali masuk campur dan tidak akan komen berhubung masalah mereka. Biarlah mereka selesaikan sendiri.

    “Apa yang saya tahu, saya mahu lebih fokus kepada rumah tangga, anak dan tugas sebagai isteri.

    Miera berkata, dia memilih berdiam diri atas sebab tertentu, selama ini.

    Katanya, dia seorang yang perahsia, lebih lagi, membabitkan soal rumah tangga.

    “Sepanjang hampir 14 tahun dalam industri seni, saya sudah menghadapi pelbagai kontroversi, malah lebih teruk daripada ini pun pernah rasa.

    “Justeru, berdiam diri adalah jalan yang terbaik,” katanya.

    Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengingatkan netizen agar tidak pantas membuat spekulasi kerana ada dua kisah di sebalik setiap cerita.

    Namun, katanya, dia memilih memberikan sedikit sahaja kenyataan kerana mempunyai kisahnya yang tersendiri.

    “Jika saya memilih berdiam diri pun ada sebab. Anda pun tahu saya dilanda pelbagai kontroversi, namun, disebabkan berkaitan soal rumah tangga, saya lebih suka menyimpannya sebagai rahsia.

    “Cuma, netizen membuat spekulasi tidak betul. Sebab itulah, saya buat keputusan untuk memberikan sedikit kenyataan sebagai peringatan,” katanya lagi.

    Miera mendirikan rumah tangga bersama Rosland pada 25 Julai 2020 menafikan menjadi punca kepada keretakan hubungan suaminya dengan isteri pertama.

    Miera juga menafikan dakwaan berkahwin dengan Rosland kerana kedudukan, sebaliknya percaya jodoh, ajal maut dan pertemuan ditentukan Allah.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts