Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityMinta Penonton Bawa Barang Peninggalan Arwah, The Sacred Riana Jawab Dakwaan Amalkan...

    Minta Penonton Bawa Barang Peninggalan Arwah, The Sacred Riana Jawab Dakwaan Amalkan Ilmu Hitam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dikenali dengan penampilannya yang misteri, Riana yang sering muncul berselindung muka dengan rambut panjang, tidak bercakap seperti manusia biasa kini berada di Malaysia.

    Riana bakal menemui peminat di Malaysia dalam sebuah persembahan paling mendebarkan buat julung kalinya yang berjudul ‘The Sacred Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur’ pada 15 Julai 2023.

    Sidang media yang berlangsung pada 13 Julai, Riana diajukan beberapa soalan oleh media tempatan mengenai persembahan yang bakal dipertontonkan pada malam tersebut. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bergelar ahli silap mata dan pakar ilusi, adakah Riana mengamalkan ilmu hitam? Ini jawapan beliau.

    Riana atau nama penuhnya Marie Antoinette Riana Graharani menafikan dakwaan tersebut. Katanya dia memiliki keistimewaan untuk melihat ‘sesuatu’ yang tidak boleh dilihat orang lain dengan mata kasar.

    “Ketakutan adalah daripada perasaan dan fikiran individu itu sendiri.”

    “Saya hanya mengajak bermain dengan mereka yang mungkin tidak boleh anda lihat,” katanya.

    Sementara itu, Riana dilihat seperti tidak sabar ‘bermain’ dengan penonton pada malam tersebut lebih-lebih lagi hampir setahun dia membuat persiapan sebelum beraksi pada malam Sabtu ini.

    Apa yang lebih mengujakan adalah The Sacred Riana sendiri menjemput para hadirin untuk membawa objek yang mempunyai nilai sentimental yang berkaitan seseorang yang telah meninggal dunia. Objek ini perlulah cukup kecil supaya berada dalam genggaman tangan pemiliknya.

    “Hadir pada hari tersebut dengan membawa objek kecil yang boleh diigenggam serta pernah dimiliki oleh seseorang yang sudah meninggal dunia.

    “Tiada amaran kepada mereka yang hadir dan harus diingatkan, dalam setiap persembahan saya sebelum ini memang ada penonton yang pengsan,” ujarnya.

    Riana merupakan pemenang Asia’s Got Talent 2017 menambah, selepas ini dia mendapat permintaan dari peminat di Amerika Syarikat untuk membuat persembahan. Malah dia bakal membuat jelajah ke negara lain seperti Rusia dan Jerman.

    Sementara itu, acara anjuran Mediaberg yang balal berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) itu akan turut menampilkan persembahan istimewa daripada pemain violin terkenal, Katrin Romanova dan ahli silap mata, Yihnmg.

    Jangan lengah lagi untuk mendapatkan pengalaman yang tak akan dilupakan ini, dapatkan tiket anda sekarang di www.ticket2u.com.my/tsr.

    Untuk keterangan lebih lanjut, ikuti kami di Instagram di www.instagram.com/mediaberg. Bersiap sedia untuk terpesona, terkagum, dan menyaksikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini.


    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts