Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityMuat Naik Gambar Di Tab Mandi, Inara Rusli Ditegur Semakin Berani Dedah...

    Muat Naik Gambar Di Tab Mandi, Inara Rusli Ditegur Semakin Berani Dedah Aurat Sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam agama Islam, telah ditetapkan garis panduan tentang sesuatu perkara agar manusia tidak melebihi batas dan berpaling daripada Allah. Salah satu peraturan yang Allah tetapkan itu ialah berkaitan aurat seorang wanita.

    Aurat wanita dalam Islam adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali dua telapak tangan dan wajah.

    Apabila berada di hadapan lelaki yang bukan mahram (lelaki ajnabi), mereka wajib menutup leher, rambut malahan keseluruhan badan kecuali tapak tangan dan wajah.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini media tempatan serta Indonesia hangat memperkatakan mengenai bekas isteri Virgoun, Inara Rusli yang kini kembali ke dunia seni dilihat semakin berani memuat naik foto-foto ‘berani’.

    Perkongsian terbaharu Inara menerusi Instagram memperlihatkan dirinya duduk di sebuah tab mandi.

    Turut terlihat, bahagian kakinya akibat skirt yang dipakai wanita itu sedikit terdedah.

    Rata-rata pengikut laman sosial menegur aksi itu yang dianggap kurang sesuai dilakukan seorang wanita muslimah.

    “Posing ini sangat tidak sesuai dan sepertinya sedang memancing perhatian. Aurat pun terlihat sedikit demi sedikit,” ujar netizen.

    Seperti yang diketahui, Inara ketika berkahwin dengan Virgoun cukup menjaga auratnya sehingga mengenakan purdah setiap kali tampil di hadapan umum.

    Sejak bercerai, Inara kini sibuk mencari rezeki demi meneruskan kehidupan bersama tiga orang anaknya.

    Bagaimanapun, kecoh Inara dikatakan didekati oleh seorang lelaki mahu memperisterikannya namun ditolak kerana mahu fokus terhadap karier dan anak-anak.

    “Sebelum ini ada seorang lelaki yang ajak saya makan malam… kami hanya makan dan berbual sahaja.

    “Tanpa mengurangkan rasa hormat terhadapnya, buat masa ini saya mahu fokus kepada mencari rezeki dan anak-anak,” katanya.

    Lelaki berkenaan dikatakan masih belum berputus asa dan masih cuba menagih cinta Inara.

    ALSO READ:  Back With Jefri Nichol? Neelofa Doesn’t Mind Ameera Khan Marrying A Non-Malaysian

    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts