Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityNama Adik Lelaki Bilal Membawa Maksud Yang Baik, Neelofa Dan PU Riz...

    Nama Adik Lelaki Bilal Membawa Maksud Yang Baik, Neelofa Dan PU Riz Rujuk Hadis Rasulullah SAW

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selebriti yang juga pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 28, bakal berkongsi nama anak keduanya iaitu bayi lelaki selepas genap tujuh hari dilahirkan.

    Riz yang juga suami selebriti Neelofa berkata, pilihan nama anak keduanya merujuk pada hadis Rasulullah SAW.

    “Buat masa sekarang nama anak sudah ada, insya-Allah, saya dan isteri akan kongsi selepas genap tujuh hari. Nama untuk anak kedua ini juga memberikan maksud yang baik.

    “Saya ingin berkongsi sedikit yang mana dalam Islam menyuruh umatnya menggunakan nama yang baik. Pada hari kiamat kelak, mereka akan diseru dengan nama itu. Malah dalam hadis Rasulullah pun ada menyatakan perkara ini,” katanya.

    Terdahulu, Riz berkongsi isterinya selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan kelmarin.

    Berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG), Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan suami, PU Riz memberitahu, bayi lelakinya itu dilahirkan dalam keadaan sihat.

    “Alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023, jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.

    “Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” katanya.

    Neelofa dan Haris berkongsi harapan serta doa agar anak mereka membesar menjadi insan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.

    “Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

    “Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang… Amin.

    “Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya… Insya-Allah,” katanya.

    Neelofa memaklumkan dia dan suami akan mengumumkan nama anak kedua mereka pada hari ketujuh kelahirannya, dijangka Isnin ini.

    ALSO READ:  “Who Knows This Tan Sri From Langkawi?”: Aliff Syukri Claims Former Minister Owes Him Millions

    Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.


    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts