Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityNeelofa Dan Pu Riz Beri Anak Nama Yang Paling Disukai Allah, Berharap...

    Neelofa Dan Pu Riz Beri Anak Nama Yang Paling Disukai Allah, Berharap Abdullah Abbas Dipilih Menjadi Daie

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam Islam, tatkala anak dilahirkan, maka hendaklah ibubapa menamakan anaknya dengan nama yang baik dan nama yang tidak dihambakan selain kepada Allah SWT. Begitu juga, nama yang tidak ada unsur takabbur, bongkak dan yang buruk.

    Justeru menamakan dengan nama yang baik adalah digalakkan kerana ianya merupakan doa dan akan diseru pada Hari Kiamat kelak.

    Selepas genap seminggu bersalin, Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd. Ismail sepakat memilih nama Abdullah Abbas buat putera kedua mereka.

    Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, nama tersebut dipilih selepas merujuk hadis baginda Rasulullah SAW.

    “Seperti mana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.

    “Nama putera kesayangan kedua kami adalah Abdullah Abbas.

    Nama yang paling disukai Allah antaranya ialah Abdullah, maka permulaan namanya (anak kedua) adalah Abdullah.

    “Manakala Abbas pula, nabi sendiri pernah doakan,” katanya yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram.

    Dalam pada itu, Neelofa berharap putera keduanya itu dapat menyebarkan dakwah ke seluruh alam.

    Jadi, harapan umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas juga dipilih Allah menjadi Dai’ yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

    “Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah yang tahu,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

    Personaliti popular itu melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 11 Julai lalu.

    Rumah tangga PU Riz dan Neelofa yang dibina pada 27 Mac 2021 sebelum ini diserikan dengan kehadiran Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts