Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityNoorkhiriah Menari Sakan Di Lokasi ‘Shooting’, Ditegur Netizen?

    Noorkhiriah Menari Sakan Di Lokasi ‘Shooting’, Ditegur Netizen?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebut sahaja nama pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah, sememangnya sangat dikenali dengan imej muslimah yang mengikut syariat Islam.

    Menari Sakan Di Lokasi penggambaran?

    Walaubagaimanapun, baru-baru ini perkongsian video oleh pelakon dan pelawak, Didie Alias yang memaparkan dirinya bersama Noorkhiriah, Rosnah Mat Aris, serta Ku Faridah sedang menari di lokasi penggambaran mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

    “Sedih Sangat Tengok Dia, Dia Sedang Diuji…”

    “Kenapa Noorkhiriah jadi macam ni sekarang.”

    “Akhir zaman.”

    “Sedih sangat tengok dia. Dia sedang diuji, kita doakan dia.”

    Noorkhiriah Beri Respon!

    Tidak berdiam diri, pelakon ini dilihat memberi respon terhadap teguran netizen dengan mengakui dirinya yang masih tebal dengan dosa dan tampil memohon maaf. 

    “Akak hamba yang lalai. Segala teguran akak terima. Diri masih tebal dengan dosa. Semoga Allah ampunkan kita semua. Aamin YRA.”-balas Noorkhiriah

    Biarpun mendapat teguran dari segelintir netizen, tindakan Noorkhiriah tetap dipertahan oleh netizen lain yang mendakwa tiada salahnya untuk pelakon ini mahu berseronok dengan rakan-rakan, asalkan tidak berlebih-lebihan.

    Ada sahaja yang tak kena di mata netizen bukan? Apa komen anda?



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts