Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan pelakon dan pelawak, Bell Ngasri yang meluahkan rasa terharu apabila dirinya mendapat sokongan mantap daripada peminat-peminat termasuklah kumpulan yang diwujudkan di Facebook seperti Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung, yang menyokongnya selaku Calon Top 5 untuk kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35).
Sokongan Peminat Cukup Cipta Satu Kenangan
Menurut Bell menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, sokongan yang diberikan oleh peminat sudah cukup untuk mencipta kenangan indah buat dirinya.
“Saya abadikan kenangan saya bersama antara yang terawal mengundi dan tak pasal-pasal viral pulak iaitu Persatuan Ibu-Ibu Comel Comel Mengandung. Terima kasih banyak-banyak. Harap mereka selamat bersalin dan juga terus sokong saya sampai bila-bila.
Alhamdulillah syukur sangat-sangat atas sokongan yang tak pernah saya impi selama ni. Ini pun dah cukup satu kenangan buat saya.”-kongsi Bell Ngasri
@bell_ngasri Saya abadikan kenangan saya bersama antara yg terawal mengundi saya & xpsl2 viral pulak iaitu #persatuanibuibucomelmengandung .. terima kasih byk2.. harap mereka selamat bersalin….& juga terus sokong saya smp bila2 ..& xlupa juga buat smua2 la yg mgundi..alhamdulillah syukur sgt2 ats sokongan yang xpenah saya impi selama ni..ni pon da cukop buat saya 1kenangan buat saya @hotfm976 @ABPBH35 2023 #abpbh35
Noorkhiriah Titip Sokongan Buat Bell Ngasri
Dalam pada itu, rakan selebriti, Noorkhiriah Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah menerusi hantaran yang sudah di padam di Instagram, menyatakan bahawa dirinya yang ‘menua’ dengan karya-karya seni Bell Ngasri mengakui sememangya dia seorang anak seni dan sememangnya layak untuk memperoleh kemenangan.
“Aku tak pernah tengok gelombang ABP macam ni. Betapa rakyat Malaysia menyokong kau Bell Ngasri. Besar pahala kau buat orang terhibur. Kalaulah ada sepanduk ke banting ke mau penuh kiri kanan jalan.
Aku pun menua dengan cerita-cerita kau Bell. Berlakon dengan Bell ni dia sejenis redha. Kau betul-betul anak seni Bell.”-tulis Noorkhiriah
Ayuh ramai-ramai undi Bell Ngasri ya!
Credit: Selebriti – Murai MY