Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityNora Ariffin Kelu Anak Gadisnya & Yujikyunn Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of...

    Nora Ariffin Kelu Anak Gadisnya & Yujikyunn Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Datuk Nora Ariffin berkongsi rasa teruja apabila lagu yang dihasilkan anak perempuannya, Puteri Nur Dahlia bersama komposer, Yujikyunn yang berjudul Old Love telah menerima pengiktirafan Most Streams of A Spotify Song oleh Malaysia Book of Records, baru-baru ini.

    Kongsi Rasa Bangga Lihat Pencapaian Anak Gadisnya

    Akui rasa kelu dan tergamam melihat puluhan juta viewers dari Youtube serta ratusan juta strim di Spotify yang mendengar lagu tersebut, Nora menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa bangga melihat kejayaan anak perempuannya itu.

    “Speechless dan tergamam tengok 62 juta viewers dari Youtube. 163 juta streaming di Spotify. Anugerah Malaysia Book Of Records. Wow! Lagu dari anak Malaysia.

    Mungkin untuk negara lain, angka ini angka biasa, tapi sebagai orang dalam industri muzik & ibu saya tumpang bangga.”-kongsi Nora di Instagram

    “Teruskan Legasi Johan Nawawi..”

    Titip harapan agar anak gadisnya itu turut berjaya dalam pelajaran, Nora Ariffin menyatakan bahawa dirinya tidak dapat membayangkan jika bapa kepada anak gadisnya itu masih hidup  semestinya rasa bangga melihat penghargan yang diterima oleh Puteri Dahlia.

    “Kepada Puteri Dahlia, moga berjaya dalam pelajaran juga. Teruskan legasi Johan Nawawi. Tak dapat bayang jika papa masih ada. Dia pasti bangga dengan anda.”-tulis Nora lagi

    Sekadar info, lagu Old Love mendapat 163,945,475 strim sejak dilancarkan pada 2022.

    Tahniah buat Puteri Nur Dahlia & Yujikyunn!


    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts