Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity“Organizer Akan Menyesal Dan Wujud Kerajuan”- Fahrin Ahmad Pertahankan Jika Bell Ngasri...

    “Organizer Akan Menyesal Dan Wujud Kerajuan”- Fahrin Ahmad Pertahankan Jika Bell Ngasri Tak Menang Artis Paling Popular

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas 37 tahun berada dalam industri seni, Bell Ngasri buat pertama kalinya tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) dalam kelompok Top 5 kategori Artis Komedi Popular.

    Melakukan Kempen

    via Instagram Bell Ngasri

    Susulan itu, Bell yang teruja telah membuat kempen untuk peminat mengundinya dengan memuat naik poster seakan-akan calon ahli politik yang meraih undi.

    Menariknya poster tersebut, dapat dilihat nama parti yang diletakkannya adalah Parti Beg Plastik Hitam (BPH) dimana sangat sinonim dengan wataknya Barkoba yang ponteng puasa ketika Ramadan.

    Bukan itu sahaja, dapat dilihat dia meminta untuk mengundi Barkoba dan meletakkan tagline ‘Dari Kampung Pisang ke ABPBH’. Cara kreatif Bell untuk pancing undi peminat telah meraih perhatian orang ramai.

    Rakan Artis Beri Sokongan

    Daripada gambar yang dimuat naik tersebut, dilihat rakan-rakan artis turut memberikan sokongan terhadap percalonan Bell dalam kategori itu.

    Satu komen yang menjadi perhatian netizen adalah daripada pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad.

    Organizer akan menyesal dan wujud keraguan kalau bukan kau ARTIS PALING POPULAR wahai @bellngasriofficial

    Dalam komen tersebut, Fahrin menyatakan bahawa pihak penganjur akan menyesal dan akan wujud keraguan sekiranya Bell tidak menang sebagai kategori artis paling populat.

    Netizen Bersetuju Dengan Fahrin

    via Instagram Bell Ngasri

    Komen tersebut mendapat maklum balas dari netizen dan rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikomen oleh Fahrin Ahmad.

    Ada juga netizen yang mengharapkan agar tidak ada berlakunya penyelewangan dalam proses pengundian dan netizen juga turut menyatakan akan boikot ABPBH sekiranya Bell tidak minang.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts