Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity“Otak Saya Berperang, Suruh Bunuh Orang,”- Janna Nick Akui Tidak Tahan Mendengar...

    “Otak Saya Berperang, Suruh Bunuh Orang,”- Janna Nick Akui Tidak Tahan Mendengar Suara Seakan Berbisik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ramai menganggap halusinasi berlaku kerana gangguan suara dari alam ghaib sedangkan menurut perspektif sains, ia mempunyai kaitan dengan kecelaruan pada bahagian pemprosesan otak.

    “Saya bahagia,  tiada masalah. Cuma, ada masalah dengan diri sendiri. Otak saya bising sangat hari ini. Paling teruk yang saya hadapi.”

    Sebagai contoh, demikian luahan penyanyi dan penyanyi Janna Nick yang menangis teresak-esak menerusi siaran langsung di TikTok berikutan tidak tahan mendengar suara-suara memintanya melakukan pelbagai perkara termasuk membunuh.

    Janna berkata, serangan yang dialaminya baru-baru ini adalah paling teruk sejak disahkan mengalami gangguan bipolar dua tahun lalu dan ia berkemungkinan disebabkan perubahan pola tidur.

    “Saya jalani penggambaran seperti biasa tapi balik lewat setiap hari sekitar pukul 7 atau 8 pagi. Ada hari saya tidur pukul 2 petang, jadi waktu tidur saya bercelaru. Mungkin otak saya tak boleh terima.

    “Apabila bangun, saya fikir macam mana solar sistem berfungsi, macam mana elektrik berfungsi. Suara-suara itu sangat bising, cakap macam-macam sampai saya rasa benci dengan otak saya,” katanya.

    Luah isteri kepada aktor Dini Schatzmann itu, dia terlampau penat berhadapan situasi tersebut, namun zikir yang dialunkan tenggelam dalam suara-suara di telinganya.

    “Saya bukan hari-hari begini tapi bila datang hari yang teruk, istighfar dan zikir tak dapat melawan suara-suara yang tengah bercakap dalam otak.

    “Penyakit bipolar yang saya alami ini sangat teruk. Ubat yang saya kena makan tiada kesan dan tak sesuai dengan kerja saya,” luahnya lagi sambil menangis.

    Begitupun, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 28, itu mengakui berasa lega selepas meluahkan segala yang bersarang di hati kepada pengikut laman sosialnya.

    Malah, dia menitipkan pesanan kepada semua pihak jangan pandang ringan isu kesihatan mental.

    ALSO READ:  Bakal Menantu Orang Alim Dan Tidak Main Sosial Media, Che Ta Puas Hati Anak Pilih Wanita Berhijab Dan Sederhana

    Terdahulu, sekitar 2021 Janna mendedahkan mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder), selain mengaku pernah cuba membunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

    Bagaimanapun, dengan bantuan pakar dia mula mengambil ubat anti kemurungan serta menjalani gaya hidup sihat bagi meminimumkan risiko serangan.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts