Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityPakai Baju RM15, Fasha Sandha Tak Malu Jadi Artis Pakai Baju Murah...

    Pakai Baju RM15, Fasha Sandha Tak Malu Jadi Artis Pakai Baju Murah Asalkan Cantik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bagi sesetengah individu, memilih pakaian bundle atau terpakai untuk padanan harian amat menjimatkan. Apatah lagi sekiranya mereka bijak menyesuai padanan agar penampilan kelihatan menarik dan nampak mahal.

    Pelakon terkenal Fasha Sandha tiada masalah untuk menggayakan busana berharga murah asalkan kelihatan cantik pada badannya.

    Kata pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, 39, harga sehelai baju tidak boleh memastikan si pemakai akan kelihatan cantik apabila menggayakannya.

    “Alhamdulillah dengan pujian ramai mengenai baju berharga RM15 itu.

    “Saya memang jenis seorang yang ringkas dan tidak kisah pakai baju murah ke apa, asalkan cantik,” katanya.

    Tambahnya, baju berharga mahal belum tentu boleh memberi imej yang cantik kepada si pemakai.

    “Harga bukan menjadi ukuran tetapi bagaimana membawa imej tersebut.

    “Adakalanya pakai baju bernilai berpuluh ribu tetapi tetap tidak nampak cantik.

    Menerusi komen tersebut tersebut, individu tersebut memuji kecantikan Fasha walaupun hanya menggayakan baju berharga RM15.

    Terdahulu, Fasha memuat naik sebuah video dalam Instagram memaparkan dia menari dengan memakai baju singkat berwarna hitam dan mengenakan ‘inner’ berwarna coklat.

    Perkara tersebut menjadi bahan pertikaian netizen dalam ruangan komen yang berpendapat gaya tersebut tidak sesuai dipakai olehnya walaupun ada mengenakan inner berwarna kulit memandangkan boleh mengundang fitnah.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts