Pelakon, Pekin Ibrahim tampil memberi penjelasan di media sosial mengenai isu kereta GR Yaris Kansai D1 Edition miliknya yang baru tiba dari Jepun, terlibat dalam kemalangan jalan raya di Putra Height, baru-baru ini.
“Bukan Saya Yang Memandu, Yang Memandu Adalah Kawan Saya”
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Pekin menjelaskan bahawa bukan dirinya yang memandu kenderaan berkenaan, sebaliknya rakannya yang dikenali sebagai Amirul yang memandu kereta baharunya itu yang ‘total lost’ akibat kemalangan.
“Okay geng, Assalamualaikum, Nak bagitahu bukan saya yang memandu kereta GR Yaris Kansai D1 Edition tu. Yang memandu adalah kawan saya. Amirul nama dia.
So 3 orang masa kejadian, Ketiga-tiga selamat, Alhamdulillah. Ada la yang patah bahu, cedera tu ada. So kita doakan diorang cepat-cepat sembuh. Terima kasih yang mana mendoakan.”-kata Pekin Ibrahim
@freakbellaz Replying to @كحاىدىر GR Yaris Kansai D-1 Edition milik abang pekin ibrahim #gryaris #GR #gr #kansai #pekin #pekinibrahim #pekin7words #jdm #yaris #jdmcars #jdmcarsoftiktok #jdmlife #jdmcar
Mohon Orang Ramai Henti Sebar Khabar Angin Tidak Benar
Sedih namun terpaksa resa dengan apa yang berlaku, Pekin turut meminta orang ramai untuk henti menyebarkan khabar angin yang tidak benar, malah ada yang mendakwa ada yang meninggal disebabkan kemalangan itu.
“Stop sebar berita bukan-bukan yang mengatakan meninggal la, berlumba laa. Sebenarnya benda berlaku sekelip mata, kita tidak tahu. Semua atas qada’ dan qadar. Benda ni kami akan bincang lepas semuanya sembuh, dah sihat.”-kata Pekin Ibrahim
Semoga Pekin kuat hadapi ujian yang berlaku..
Credit: Selebriti – Murai MY