Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityPemakaman Coco Lee Akan Dilakukan Pada 31 Julai 2023 Dan Jenazah Akan...

    Pemakaman Coco Lee Akan Dilakukan Pada 31 Julai 2023 Dan Jenazah Akan Dibakar Pada Esoknya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Satu hantaran di Instagram milik Nancy, yang merupakan adik kepada Coco Lee telah memaklumkan mengenai upacara pemakaman Coco Lee.

    Dalam tulisannya, Nancy berkata pengebumian Coco Lee akan berlangsung pada 31 Julai 2023 dan 1 Ogos 2023.

    Cubaan Membunuh Diri

    Seperti yang diketahui, Coco Lee meninggal dunia pada 5 Julai 2023. Dia menghembuskan nafas terakhir selepas cuba membunuh diri pada 2 Julai 2023.

    Dikatakan penyanyi lagenda itu melakukan percubaan bunuh diri ini kerana kemurungan. Menurut IntepSeleb, beberapa hari kemudian, adik Coco Lee, Nancy mengumumkan tarikh pengebumian adiknya.

    Upacara Selama 2 Hari

    via Instagram Nancy

    Nancy mengumumkan mereka akan mengadakan pengebumian Coco Lee selama dua hari iaitu 31 Julai dan 1 Ogos 2023.

    Bagi mereka yang ingin membuat perancangan lebih awal, sila ambil perhatian bahawa pengebumian Coco akan berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos di Rumah Pengebumian Hong Kong di North Point.

    Penghormatan awam akan diadakan pada 31 Julai antara 18:00 dan 22:00. Terima kasih atas keprihatinan anda.

    Pada 1 Ogos 2023 pula dikatakan bahawa mayat Coco Lee akan dibakar selepas pengebumian bekas isteri Bruce Rockowitz selesai.

    Meninggalkan Aset 128 Juta USD

    via Veriety

    Coco Lee diketahui telah meninggal dunia dan meninggalkan legasinya sendiri. Dia meninggalkan beberapa harta yang diwariskan kepada ibu Coco Lee dan abangnya bernilai 128 juta USD.

    Menurut IntepSeleb, aset tersebut adalah dalam bentuk tujuh hartanah di Hong Kong, iaitu rumah mewah dan bangunan komersial di daerah mewah.

    Daripada tujuh hartanah itu, empat dimiliki bersama Lee dan ibunya. Salah satu hartanah telah didaftarkan atas nama Lee, ibunya dan dua adik perempuannya, Carol dan Nancy yang kesemuanya telah dibayar sepenuhnya oleh Lee.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts