Terkesima artinya Cinta..
Pengacara terkenal, Dayah Bakar dilihat berkongsikan satu video yang menunjukkan gelagat anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri yang terkesima melihat ‘cinta hati’ di sebuah restoran.
Fahri Terkesima Lihat ‘Cinta Hati’
Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok miliknya, cinta hati yang dimaksudkan oleh Dayah sehingga anak lelakinya itu terkesima adalah bapa Fahri sendiri, iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi.
“Barba my love. Ya Allah macam nampak Shah Rukh Khan. Rupanya Baba.”-kapsyen Dayah di TikTok
@dayahbakar
“Geram Betul Kita Dengan Fahri Ni”
Aksi keletah Fahri itu mencuit hati peminat yang terhibur melihat gelagat Fahri, malah ada yang sempat berseloroh melihat anak lelaki Dayah Bakar atau nama sebenarnya Nurhidayah Abu Bakar sangat obses dengan bapanya sendiri.
“Geram betul kita dengan Fahri ni 🤣🤣 .”
“Crush sungguh dia dengan babah dia, untung aah”
“Dia punya melting tu kalah tutu dayah dia hahaha ee comel.”
“Dia punya reaksi muka tu..Macam nampak awek 🤣 .”
“Dengan ibu pun tak macam ni apeni Fahri hahaha.”
“Ibu okay ke tu ahhaha.”
“Eee dah Fahri ni teruskan kecomelan tu, meronta-ronta tau hati acik ni gerramm.”
“Macam orang bercinta.”
“Uish betul obses ni dengan baba dia 🤣.”
“Cutee laa.”
“Apesal comel sangat ni.”
Sekadar info, Dayah Bakar telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada Jun 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Achbar Muhammad Fahri.
Credit: Selebriti – Murai MY