Pelakon terkenal, Maya Karin mendedahkan antara punca dirinya berhenti dari pengajian peringkat diploma kerana pensyarah kerap membatalkan kuliah.
Menerusi hantaran di laman Twitter, Maya atau nama sebenar, Maya Karin Roelcke, 43, berkata, dia sering menerima nota menyatakan kuliah dibatalkan atas sebab pensyarah tidak dapat hadir.
“Salah satu sebab saya berhenti selepas setahun belajar di peringkat diploma kerana kerap dapat nota yang memaklumkan kelas dibatalkan disebabkan pensyarah tidak dapat hadir.
“Daripada terus membazir duit ibu bapa, saya berhenti kuliah dan buat kerja dalam bidang teater, melancong mengelilingi dunia dan kemudian masuk dalam industri hiburan,” tulisnya lagi.
Pelakon kacukan Melayu-Jerman itu turut memuatkan laporan mengenai isu tiga pelajar Sabah yang berjaya memenangi kes saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka kerana didapati ponteng mengajar selama tujuh bulan pada 2017.
Perkongsian Maya itu turut mendapat perhatian ramai pengikutnya yang turut dan berkongsi pengalaman yang sama di mana kelas sering dibatalkan oleh pensyarah.
“Kita mempunyai pemikiran yang sama. Disebabkan, pensyarah macam ‘biskut’ saya juga buat ‘part time’ bisnes ketika belajar. Saya baru habis peringkat diploma dan sambung buat bisnes sekarang,” tulis seorang pengikut
Credit: Selebriti – Murai MY