Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityPentingnya Dapat Suami Yang Bijak - Netizen Pertikai Nabil Mahir

    Pentingnya Dapat Suami Yang Bijak – Netizen Pertikai Nabil Mahir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat sebelum ini ada mengumumkan yang dirinya kini sedang hamil anak kedua dan bakal melahirkannya sekitar November nanti.

    Mengumumkan Berita Kehamilan

    Menerusi satu video di Tiktok yang dikongsikan oleh Malaysia.today, perkara tersebut telah dikongsikan Ayda dalam sebuah press conference sebelum memanggil suaminya, Nabil Mahir untuk bercerita lebih lanjut.

    Nabil kemudiannya mengambil ‘mic’ dan menyatakan bahawa usia kandungan Ayda atau nama penuhnya Nur Shuhada Jebat, kini sudah memasuki lima bulan.

    Dalam pada itu, Nabil juga terus berkata yang dirinya dan Ayda telah bekerjasama sampai ‘berpeluh-peluh’ menghasilkan zuriat kedua mereka dengan selambanya di khalayak ramai.

    Undang Pelbagai Reaksi

    via Tiktok Malaysia Today

    Berita gembira yang diumumkan oleh Nabil Mahir tentang kehamilan anak kedua bersama Ayda Jebat itu walau bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.

    Rata-ratanya kurang selesa dengan cara pengumuman itu disampaikan oleh Nabil kerana dikatakan tidak menjaga maruah dan kehormatan isterinya.

    Melihat di ruangan komen, ada yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang pertikai dengan kenyataan Nabil itu.

    Ada juga yang memberi pendapat bahawa ungkapan ‘berpeluh-peluh’ yang diucapkan itu tidak sepatutnya diberitahu secara terbuka di hadapan masyarakat umum.

    Perlu Ada Rasa Malu

    vi Instagram Aida Jebat

    Netizen berpendapat bahawa walaupun sudah bergelar suami isteri, Nabil sepatutnya perlu ada rasa malu berkongsikan cerita seperti itu di khalayak ramai.

    Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, 2, pada 21 September tahun yang sama.

    Sementara itu, meninjau dalam Instagramnya, Ayda baru sahaja memuat naik sebuah video yang dipercayai dirakam sekitar Hari Raya Aidilfitri, April lalu memaparkan Nabil dan keluarganya baru diberikan satu kejutan tentang kehamilan Ayda.

    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts