Kumpulan The British 1975 telah digam dari membuat persembahan di Malaysia, selepas vokalisnya Matt Healy mencium pemain gitar lelakinya, Ross MacDonald, semasa persembahan di acara Good Vibes Festival 2023 malam semalam.
Diberhentikan Serta Merta
Insiden berlaku ketika persembahan lagu oleh kumpulan tersebut di festival Good Vibes dan kelihatan Healy dan MacDonald berciuman di tengah-tengah persembahan lagu “I Like America and America Likes Me”.
Pada acara berkenaan, Matty juga ada membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT selain berkelakuan tidak sopan dengan memegang botol arak dan meludah ketika membuat persembahan.
Serta merta selepas lebih kurang setengah jam persembahan, kemunculan penyanyi tersebut diberhentikan dengan serta merta.
Menerima Kritikan Netizen
Sebelum ini Healy telah menjadi penyokong lantang untuk hak LGBT. Pada 2019, dia melanggar undang-undang anti-LGBT di Dubai semasa konsertnya disana dengan mencium bibir peminat lelaki.
Dalam pada itu, penganjur Good Vibes Festival telah berkongsi kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa mereka kesal dan persembahan tersebut terpaksa diberhentikan kerana “tidak mematuhi garis panduan undang-undang tempatan”.
Rata-rata peminat mengkritik mereka kerana melanggar undang-undang, seterusnya memberikan kesan kepada penduduk Malaysia.
Menteri Komunikasi Dan Digital Akan Melakukan Tindakan
Terbaru, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan memanggil penganjur konsert Good Vibes Festival 2023 susulan tindakan kurang ajar vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy ketika membuat persembahan pada malam tersebut.
Fahmi menerusi ciapan di Twitter turut menyifatkan sikap Matty yang bercium dan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagai biadab dan melampaui batas.
Credit: Selebriti – Murai MY