Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityPuteri Sarah Buka Rahsia Mentua Iring Ke Majlis Hiburan Kerana Mahu Lindunginya...

    Puteri Sarah Buka Rahsia Mentua Iring Ke Majlis Hiburan Kerana Mahu Lindunginya Difitnah Tidak Hormat Tempoh Edah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Edah, idah atau dalam bahasa Arabnya ‘iddah‘ bermaksud tempoh menunggu di mana ianya adalah tempoh masa yang akan dilalui oleh perempuan selepas perceraian atau kematian suami.

    Menurut sumber sahih, tempoh ‘iddah wanita yang bercerai ialah tiga kali suci. Jika wanita tersebut ditalaq semasa dalam keadaan yang suci, tempoh ‘iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga. Jika ditalaq semasa dalam keadaan yang haid, ‘iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

    Jika wanita itu ditalaq ketika mengandung, tempoh ‘iddahnya sehingga dia bersalin atau kandungannya gugur.

    Bagi wanita yang ada masalah haid seperti putus haid ataupun haid yang tidak teratur, tempoh ‘iddahnya selama tiga bulan.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan berasakan satu pengalaman indah dalam hidupnya apabila datang bersama dan jalan beriringan di karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) dengan ibu bapa mentuanya baru-baru ini.

    Memetik laporan berita Puteri Sarah berkata, dia sangat terharu apabila ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail masih memberikan perhatian penuh sekali gus terus setia menyokong dirinya dalam karier.

    “Ibu bapa mentua menghubungi saya dan kata mereka nak datang bersama ke majlis itu (ABPBH35) sebab nak sokong saya. Alhamdulillah, saya pun tidak keseorangan dan dapatlah juga kami berjalan sama melalui karpet merah dan ia sangat seronok.

    “Satu pengalaman yang amat bermakna. Malah, kehadiran mereka ke majlis itu datang bersama dengan saya untuk menemani saya supaya tidak timbul fitnah,” katanya.

    Sejak sah bercerai dengan bekas suami, pengarah Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu, Puteri Sarah berhadapan dengan pelbagai dakwaan netizen yang menganggap dia tidak menghormati tempoh edah cerai.

    ALSO READ:  “Tunggu La Sofya Besar Sikit Boleh Tahan Sakit…”-Wawa Zainal Bimbang Anak Harus Jalani Pembedahan Buang Tonsil

    Katanya, dia memahami edah perceraian yang mana kalau cerai hidup, seseorang wanita itu masih boleh keluar dan bekerja dengan izin dan pengetahuan bekas suami dalam tempoh tiga kali suci itu.

    Manakala, cerai mati pula harus berkabung selama empat bulan 10 hari di rumah.

    Terdahulu, Puteri Sarah ditemui media hadir pada majlis pelancaran dan sidang media penganjuran Anugerah Telenovela Ke- 9 di kompleks ternama di ibu kota baru-baru ini.

    Ditanya juga sama ada masih menerima gangguan di media sosial, Puteri Sarah berkata, ia tidak berakhir lagi. Ujarnya, dia pun tidak tahu dari mana muncul individu-individu yang menggunakan akaun palsu itu.

    “Saya pun sekarang dah tak peduli dengan semua itu. Saya dah ‘move on’ dan gembira dengan kehidupan saya ketika ini, dah syukur Alhamdulillah,” katanya.

    Puteri Sarah berkata, kini dia sibuk menguruskan perniagaan bersama rakan kongsi yang memerlukan dia terbang ke Jakarta, Indonesia. Katanya, dia bersyukur rezeki semakin murah, tenang dan Allah memberi kebahagiaan padanya.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts