Umum mengetahui pelakon, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya kini menetap di Australia selepas mendirikan rumah tangga dengan dengan pilihan hatinya, Trent Garret pada 2018.
“Apa Korang Ni??”
Walaubagaimanapun, pelakon ini dilihat meluahkan rasa berang terhadap pihak terlibat selepas didakwa memuatnaik video lamanya sebagai konten di media sosial.
“Apa korang ni? Your page full with nonsense feed kot! Bila punya video korang post balik ni? Dah gila populariti ke apa? Anda membuka pintu untuk tuduhan yang salah serta komen-komen negatif. Anda menjemput orang ramai untuk buat dosa dan condemn!.”-Berang Raja Ilya
Gesa Pihak Terlibat Buat Permohonan Maaf!
Akui sedang bahagia dengan rumah tangga yang dibina, Raja Ilya menggesa pihak terlibat untuk membuat permohonan maaf disebabkan tindakan pihak berkenaan yang sesuka hati memuatnaik video lama dengan maklumat yang tidak pasti.
“Aku bahagia dah kahwin ada anak ngong!! Senyap tak semestinya sebab tak ada job! Kalau rasa nak update call aku tanya direct! Nak seribu daya kot..
You guys better tampil minta maaf for uploading a long-gone video with unsure information from 3rd parties account TikTok and make things right for once!!. Aku tunggu.”-tulis Raja Ilya
Sekadar info, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret dari Australia pada 23 Disember 2018.
Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, iaitu Talita Love pada 1 Julai 2022
Credit: Selebriti – Murai MY