Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity The Sacred Riana Conjuring Live in KL: Bakat Luar Biasa RIANA...

    [REVIEW] The Sacred Riana Conjuring Live in KL: Bakat Luar Biasa RIANA Cetus Tanda Tanya!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    The Sacred Riana, seorang ilusionis berbakat yang dikagumi bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di dunia. Penantian kami untuk menoton persembahan Riana secara langsung di Malaysia akhirnya tercapai. Persembahan yang dinamakan sebagai The Sacred Riana Conjuring Live in KL ini berlangsung pada 15 Julai yang lalu di Plenary Hall, KLCC. Ternyata ia cukup istimewa dan luar biasa. Syabas diucapkan kepada semua kru, penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan persembahan The Sacred Riana ini.

    Difahamkan tiket habis dijual, dan ini terbukti selepas kami melihat dewan yang dipenuhi peminat The Sacred Riana.

    Bukan kami sahaja, rata-rata penonton pasti menjadi pengalaman pertama menyaksikan persembahan ini. Manakan tidak, rakyat Malaysia terlalu banyak disajikan dengan persembahan muzik atau konsert, tetapi kali ini pihak penganjur iaitu Mediaberg membawa masuk kelainan dalam hiburan kepada penonton iaitu dengan menampilkan seorang pakar ilusi.

    Secara keseluruhana, kami disajikan aksi ajaib bertemakan seram dan penuh misteri yang konsisten menjadi konsep pentas. Dengan pengenalan cerita ajaib yang disertai dengan pelaksanaan ilusi yang tepat & berskala besar, setiap penonton The Sacred Riana sentiasa meremang dan kagum pada masa yang sama.

    Di pentas The Sacred Riana Conjuring Live, Riana melakukan aksi yang mustahil tetapi nyata. Bayangkan, Riana mampu membaca fikiran dan kisah penonton di dalam dewan yang dipilih secara rawak.

    Penampakan Riani

    Persembahan mula hangat apabila Riana meletakkan loceng, gelas serta papan tulis ke dalam sebuah rumah kecil. Sebelum memasukkan papan tulis itu, Riana menulis ayat “Awak nak main ke?” pada papan tulis itu. Apabila dibawa masuk ke dalam miniatur rumah tersebut, ternyata papan tulis itu sudah dipenuhi dengan coretan kotor dan tulisan yang seolah-olah menjawab pelawaan Riana “Saya nak main dengan anda”.

    ALSO READ:  Fattah Amin Dapat Layanan Istimewa Oleh Fazura, Ini Komen Fadzil Zahari Mengenainya

    Persembahan itu jadi menakutkan dan memukau penonton apabila Riana mengambil anak patungnya daripada Mel B dan meletakkannya di dalam sebuah rumah kecil yang kelihatan menyeramkan. Kejadian aneh berlaku di rumah mini itu, apabila Riana selesai menuturkan ayat “Jom main dengan kawan baru kita”.

    Selama beberapa detik tidak terjadi apa-apa. Suasana pun hening. Sampai tiba-tiba rumah-rumahan itu terbuka. Di situ berdiri  tubuh persis seperti The Sacred Riana. Ia mengenakan busana seperti yang biasa dikenakan oleh Riana. Gaun biru dengan lengan panjang berwarna putih. Semua tergamam sebelum memberi tepuk tangan gemuruh.

    Energi Sebuah Barang Peninggalan Arwah

    Kemudian disusuli dengan persembahan lain yang tak diduga dan mengerikan. Kami tertarik dengan sebuah persembahan di mana Riana memilih salah seorang penonton yang membawa objek peninggalan dari seseorang yang sudah meninggal dunia.

    Segmen ini sangat menyentuh hati seluruh penonton yang hadir kerana ia melibatkan kisah kehilangan seseorang yang sangat dirindui. Seorang penonton  telah dibawa ke pentas dan diminta untuk menceritakan kisah objek yang dibawa iaitu seutas gelang. Suasana di dewan berubah menjadi sangat sayu dan penuh emosi.

    Riana meminta wanita ini meletakkan gelang itu ke dalam salah sebuah kotak di atas meja yang tidak dapat dilihat oleh Riana. Mata Riana dan wanita ini ditutup kemudian kotak-kotak itu di berikan secara rawak kepada penonton.

    Kata Riana, objek peninggalan itu mempunyai hubungan dan energi yang kuat, jadi mudah untuk mencari di manakah kotak itu. Mengejutkan, Riana dan wanita tersebut berjaya menemui kotak berisi gelang dengan mudah sekali dalam kalangan penonton. Ajaib!

    Untuk rekod, Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani  meraih populariti di persada dunia selepas terpilih menjadi juara musim kedua Asia’s Got Talent pada 2017, selain British Got Talent pada 2019.

    ALSO READ:  Is Elizabeth Tan Having Second Thoughts About Wanting To Have Children?

    Riana, 30, juga merupakan salah seorang finalis pentas America’s Got Talent: The Champion. Dengan keperibadian misteri, Riana bukan saja memenangi jutaan hati peminat dari seluruh dunia bahkah telah mendapat pengiktirafan dalam senarai berprestij Forbes 30 Under 30 Asia.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts