Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityRita Nadira Dan Zamarul Hisham Bergandingan Lagi

    Rita Nadira Dan Zamarul Hisham Bergandingan Lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Drama Aku Yang Kau Sakiti bakal menemani penonton di slot Samarinda TV3 mulai 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam.

    Selain itu anda boleh juga strim di iQIYI satu jam selepas siaran di kaca televisyen.

    Drama 20 Episod

    via Media Prima

    Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta nukilan skrip oleh Farhana Fauri.

    Nantikan juga penampilan oleh barisan pelakon handalan seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham, Fify Azmi, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Syazwan Zulkifly  dan ramai lagi.

    Hidup Bersama Keluarga Materialistik

    via Media Prima

    Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang.

    Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda.

    Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi).

    Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

    Mencari Kebahagian Sendiri

    via Media Prima

    Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti.

    Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin.

    Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

    Menpunyai Misi

    via Media Prima

    Amanda mempunyai misinya yang tersendiri. Dia mula menyusun langkah untuk mendapatkan jawatan dalam syarikat Tuan Zaki untuk mencapai misinya tersebut.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ozlynn Tampil Bertudung, Raih Pujian Netizen!-“Cantiknyaaa, Ingat Nabila Razali Tadi”

    Dalam diam juga, dia sedang menyusun langkah untuk membalas dendam ke atas apa yang terjadi kepada keluarganya.

    Dapatkah Amanda mencapai ‘misi’ hidupnya tersebut? Tambah menarik, apakah pula kesudahan rahsia yang dipendam Amanda itu?

    Angkara Dendam

    via Media Prima

    Drama ini mengisahkan mengenai perasaan yang terpendam di hati, begitu juga Amanda yang telah melalui keperitan kehilangan bapanya ketika di bangku sekolah.

    Dek kerana kecelakaan tersebut juga hubungan Amanda dan orang sekelilingnya yang disangkakan indah ternyata penuh dengan rahsia dan sifat dendam di sebaliknya.

    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts