Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityRutin Berubah, Watie Akui Hidup Lebih Teratur Dan Berdisiplin Setelah Bergelar Isteri...

    Rutin Berubah, Watie Akui Hidup Lebih Teratur Dan Berdisiplin Setelah Bergelar Isteri Shuib Yang Sah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin keluarga yang bahagia. Mempunyai pasangan yang memahami, menyayangi, saling menghormati dan sanggup menerima kelemahan dan kelebihan pasangan.

    Oleh itu, masing-masing perlu berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga. Rumah tangga adalah hak milik bersama bukan hak suami atau isteri.

    Paling penting, suami isteri perlu sentiasa berbincang dengan baik dan mempunyai persefahaman bagi mewujudkan suasana yang harmoni.

    Perkahwinan yang sah adalah permulaan kepada rumah tangga. Tidak mengira agama dan bangsa, ikatan yang sah ini adalah permulaan kepada suatu perjalanan kehidupan yang baru.

    Suami dan isteri berkongsi sebuah kehidupan dalam membentuk institusi rumah tangga. Disinilah bermulanya sebuah kehidupan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal dalam melayari kehidupan berumah tangga.

    Berbahas soal ini, Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah menjelaskan kecaman dan kata-kata negatif netizen tidak meninggalkan impak buat dirinya.

    Watie yang juga terbabit dalam perniagaan bersyukur apabila mula diterima sebagai isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular itu.

    “Saya sangat bersyukur sekarang ini sebab ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Shuib. Sebelum ini belum kahwin mungkin orang belum kenal saya lagi kan.

    “Komen negatif sebelum ini tak beri kesan pun terhadap saya, sebaliknya komen positif yang saya terima selepas kahwin lagi memberi kesan.

    “Saya sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan sekarang, lebih-lebih lagi berkahwin dengan selebriti. Saya melihat netizen pun sudah semakin positif.

    Berkongsi mengenai perubahan selepas bergelar isteri, Watie berkata, kehidupannya kini lebih teratur dan berdisiplin.

    “Saya bangun awal pagi dan hantar anak-anak ke sekolah. Tengah hari ambil mereka pulang dari sekolah pula,” katanya.

    Watie dan Shuib disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Putra Heights.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts