Pelakon Pervien Dastur terkenal dengan wataknya sebagai Seema dalam Maine Pyaar Kiya telah membuka cerita mengenai pembayaran dalam filem berkenaan. Pervien Dastur memberitahu bahawa Bhagyashree adalah pelakon wanita yang mendapat bayaran tertinggi ketika itu berbanding dengan Salman Khan.
Ditambah dengan lebih lanjut, Pervien berkata dia hanya dibayar sejumlah Rs 25,000 dan Salman Khan sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia dibayar sebanyak 31,000 untuk filem berkenaan.
“Saya dibayar sebanyak 25,000 dan Bhagyashree adalah pelakon dengan bayaran tertinggi ketika itu, dia mendapat bayaran sejumlah Rs 150,000 dan kami semua terkejut”-kata Privien
“Production House of Rajshri tidak pernah membayar pelakon dengan harga yang tinggi namun cek duit kami sentiasa sampai tepat dirumah. Kami tidak pernah meminta duit bayaran dibayar dengan cepat, dan mereka memberitahu bahawa mereka tidak akan tipu soal duit kami, kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab untuk tidak membayar para pelakon”-tambahnya
Kata Privien, set penggambaran sangat cantik, bilik makeup, makanan semuanya kami dapat seperti yang kami minta. Mungkin mereka tidak membayar pelakon dengan jumlah yang tinggi akan tetapi mereka menjaga para pelakon dengan baik.
Filem Maine Pyaar Kiya adalah hasil daripada Rajshrii production serta filem tersebut telah menjadi antara filem Blockbuster ketika itu.
Info tambahan, terdahulu Salman Khan pernah memberitahu bahawa gaji pertamanya sekitar Rs 75 sahaja untuk menari, kemudian naik menjadi Rs750 untuk jenama Cola kemudian Rs 1,500. Selepas dari itu baru Salman Khan dapat bayaran sebanyak Rs 31,000 untuk filem Maine Pyar Kiya kemudian naik menjadi Rs 75,000.
Credit: Selebriti – Murai MY