Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity“Saya Pula Yang Sedih”- Siti Nuraliza Dan Rakan Artis Turut Sebak Melihat...

    “Saya Pula Yang Sedih”- Siti Nuraliza Dan Rakan Artis Turut Sebak Melihat Kemenangan Bell Ngasri Di ABPBH35

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Calon pilihan rakyat Malaysia, Bell Ngasri menepati ramalan apabila mengungguli kategori Artis Komedi Popular seterusnya memenangi Anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH35).

    Menewaskan Artis Lain

    Bagi kategori Artis Komedi Popular, Bell berjaya menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan juga Syahmi Sazli.

    Sejak undian Top 5 bermula, pencalonan Bell dalam kategori Artis Komedi Popular mencetuskan fenomena apabila netizen melancarkan kempen di media sosial agar pelakon ‘senior’ serba boleh itu diangkat sebagai pemenang pada ABPBH 35.

    Menunggu Selama 37 Tahun

    via Instagram Bell Ngasri

    Kata Bell, selama 37 tahun, hari tersebut merupakan kali pertama dia mendapat trofi dengan perkataan ‘popular’.

    Selepas 37 tahun saya tunggu nak dapat perkataan ‘popular’, akhirnya (hari ini saya) dapat. Tetapi, saya tak nak menangis. Kalau nak menangis, dari berjalan di karpet merah tadi saya sudah menangis.

    Dapatlah satu anugerah yang ada perkataan popular yang tidak pernah saya impikan.

    Bell yang mula popular menerusi watak Barkoba yang juga geng plastik hitam dalam telefilem ’16 Puasa’, ’17 Puasa’ dan ’18 Puasa’ arahan Allahyarham Mamat Khalid.

    Rakan Artis Zahir Kegembiraan

    Di media sosial termasuklah Instagram, ramai netizen yang bangga dan gembira dengan kemenangan yang diperoleh oleh Bell.

    Bukan itu sahaja, rakan-rakan artis turut menzahirkan perasaan mereka menerusi hantaran di Instagram dan Instagram story.

    Siti Nurhaliza Turut Memuji

    via Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza

    Salah satu yang menjadi perhatian apabila penyanyi No 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mengzahirkan rasa sebak ketika melihat kemenangan yang diperoleh oleh Bell.

    Saya pula yang sedih. Rezeki seniman yang selalu menghiburkan rakyat Malaysia… Bell Ngasri.

    Tulisnya, anugerah tersebut merupakan rezeki buat Bell yang selalu menghiburkan rakyat Malaysia.

    ALSO READ:  Baru Berusia 13 Tahun, Anak Saudara TokTi Umai Lakar Sejarah Layak Ke Peringkat Akhir World Championships Di Hollywood

    ABPBH35 diacarakan oleh gandingan pengacara, Johan dan Ain Edruce serta dihiburkan dengan persembahan hebat antaranya, Aina Abdul, Aizat, Datuk Yusni Hamid, Baby Shima, Amelina, Dayang Nurfaizah, Roslan Madon, Haziq Rosebi, Judika, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan ramai lagi.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts