Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity“Seandainya Arwah Masih Ada, Tempat Saya Bukan Di Sini” – Ini Luahan...

    “Seandainya Arwah Masih Ada, Tempat Saya Bukan Di Sini” – Ini Luahan Hati Watie Jika Disoal Cemburu Atau Tidak Dengan Siti Sarah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kematian orang yang tersayang adalah sesuatu yang menyedihkan, namun ianya tidak dapat dielakkan dan merupakan realiti yang perlu dihadapi.

    Sekirannya telah berkahwin, pastinya menjadi doa dan harapan agar anda dan pasangan dapat bersama sehingga ke hari tua.

    Berbahas soal ini, isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah tidak tersinggung atau terasa hati apabila suaminya itu masih merindui Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

    Watie berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk cemburu dengan orang yang sudah tiada.

    “Tidak pernah timbul apa-apa perasaan atau terasa hati. Contohnya apabila keluarga Shuib berjumpa dengan adik Miza yang seakan-akan wajah arwah, baru-baru ini.

    “Pernah juga terlintas kenapa saya tidak berasa apa-apa dengan situasi itu. Pada saya apa yang menggembirakan Shuib dan dapat mengubati hatinya, saya sentiasa sokong jika itu yang terbaik.

    Watie berkata, dia bersyukur kerana dijauhkan daripada perasaan negatif dan berasa sedih.

    Menurut Watie, dia akan memberi sokongan dalam apa jua keadaan yang membuatkan Shuib berasa bahagia.

    Watie dan Shuib disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Putra Heights.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts