Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebritySebagai Penghargaan Menghiburkan Rakyat Malaysia, Peminat Mahu Hadiahkan Bell Ngasri Sebuah Kereta

    Sebagai Penghargaan Menghiburkan Rakyat Malaysia, Peminat Mahu Hadiahkan Bell Ngasri Sebuah Kereta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk.

    Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.

    Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.

    Berbahas soal itu, siapa sangka, dahulu hanya sekadar memegang watak sampingan, pelakon Bell Ngasri kini mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular serta Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35.

    Rentetan daripada kemenangan itu, satu kejutan istimewa buat pelakon Bell Ngasri apabila bakal dihadiahkan kereta oleh sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia.

    Khabar gembira itu diumumkan wakil syarikat tersebut ketika pemenang trofi utama Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) terbabit diundang ke konti Hot FM, pagi tadi.

    Di hadapan barisan penyampai stesen radio itu, Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana, AG dan Johan, individu tersebut membuat pengumuman yang disambut sorakan gamat satu konti.

    “Apabila KJ dah sebut, meluap-luap hati ini nak ke depan (umum). Dengan ini saya mewakili syarikat ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,” kata pemanggil bernama Fendi ketika berpeluang bercakap dengan Bell.

    Sebelum itu KJ telah menyebut secara langsung mahu menuntut agar penggiat seni yang sudah 37 tahun menabur jasa itu diberikan kereta.

    Katanya sambil bergurau, trofi kemenangan yang dibawa Bell termasuk untuk kategori, Artis Komedi Terbaik kemek disebabkan dia kecewa tahun ini tiada hadiah kereta.

    Begitupun, pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri itu berkata, diangkat sebagai Bintang Paling Popular dengan meraih pakej Umrah juga rezeki.

    ALSO READ:  Pernah Alami Kemurungan Selepas Bercerai, Ziana Zain Akui Terima Pelbagai Tohmahan Bergelar Ibu Tunggal

    Daripada perbualan antara Fendi dan penyampai, nyata mereka telah berpakat memberikan kejutan kepada figura seni yang terkenal dengan watak Barkoba itu.

    Bell pula kaget seketika sebaik mendengar khabar gembira berkenaan dan hanya mampu menzahirkan pujian ke hadrat Ilahi atas rezeki di luar jangkaan itu.

    “Allahuakbar,” katanya.

    Untuk rekod, terdahulu pada Jumaat lalu, fenomena Barkoba yang menjadi pencetus kempen melobi Bell sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya menyaksikan aktor versatil itu mengungguli trofi utama ABP35.

    Bell yang terkenal dengan slogan ‘yak yak yeay’ mengetepikan calon lain yang disebut-sebut bakal membawa pulang trofi itu iaitu  Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

    Kemenangannya direstui semua termasuk netizen serta rakan artis yang terus melayangkan ucapan tahniah kepadanya hingga ke hari ini.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts