Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebritySelepas BARKOBA, Netizen Mahu Mengangkat PAK KODI Pula Pada Tahun Hadapan!

    Selepas BARKOBA, Netizen Mahu Mengangkat PAK KODI Pula Pada Tahun Hadapan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali Zahid bin Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Ropie Cecupak. Beliau merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi di Malaysia. Ropie merupakan salah seorang ahli kumpulan cecupak yang popular dengan sitkom dengan namayang sama pada lewat tahun 1990-an.

    Selain nama Ropie Cecupak, beliau juga lebih dikenali dengan nama Pak Kodi dalan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK). Pak Kodi telah menjadi nama panggilannya daripada orang ramai kerana watak yang dibawanya di dalam sitkom terbabit menjadi dan diminati ramai.

    Netizen Mahu Berkempen Untuk Pak Kodi Pula Tahun Hadapan

    Baru-baru ini, pelawak dan pelakon Bell Ngasri dinobatkan sebagai pelawak paling popular dan sekaligus membawa pulang anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian yang ke-35. Anugerah tersebut telah membuka mata ramai pihak bahawa Bell tidak mempunyai kelab peminat namun berjaya memenangi anugerah tersebut hasil daripada kuasa viral netizen.

    VIA google

    Selepas kemenangan Bell Ngasri, kini netizen berhasrat mahu mengangkat Pak Kodi pula untuk memenangi kategori yang sama pada tahun hadapan. Menurut mereka, bintang-bintang seperti itulah yang perlu diangkatkan dalam industri seni tanah air bagi menghargai usaha mereka selama ini.

    “Tahun depan giliran Pak Kodi pulak kita vote sebagai Bintang Paling Popular ABPBH. Sape setuju?”

    “Pak Kodi ni pun ok jugak lawaknya, memang berdekah kalau tengok lakonannya”

    “Baru cakap semalam dengan husband, Pak Kodi ni pun orang tengok dia saja pun boleh gelak dah, Harap tercalon tahun depan”

    “Calon ABPBH tahun depna, Kasi dia pulak menang, Netizen adalah boss”

    “kita sebagai netizen kena bagi penghargaan dekat pelawk otai seperti Pak Kodi, Abby Yus, Roy Azman, Sabri Yunus dan lain2. Tahun depan pakat undi otai2”

    “Setuju, pelakon2 macam ni lah yang lebih banyak menghiburkan kita”-kata mereka

    VIA facebook
    VIA facebook

    Apa-apa pun, sama-sama kita lihat pada tahun hadapan. Kalau sudah rezeki tidak kemana kan?

    ALSO READ:  Interview: joan & Zack Tabudlo On Their “superglue” Collab & Mutual Respect For Each Other’s Music

    Apa kata anda?



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts