Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebritySerasi Bergambar Bersama Pelakon Kacak Indonesia Refal Hady, Peminat Doa Puteri Sarah...

    Serasi Bergambar Bersama Pelakon Kacak Indonesia Refal Hady, Peminat Doa Puteri Sarah Bertemu Jodoh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas penceraian yang mengambil tempoh lama bersama pengarah ternama Syamsul Yusof, Puteri Sarah dilihat makin bergaya dan ceria bersama rakan rakannya.

    Namun lain pula ceritanya dengan netizen yang seakan tidak puas hati apabila Puteri Sarah tidak menghormati tempoh idahnya.

    Meskipun umum sudah mengetahui bahawa sebenarnya pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, kini sedang sibuk menguruskan kerjayanya di negera seberang.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah, baru-baru ini berada di Jakarta, Indonesia dan bertemu dengan pengarah filem popular, Hanung Bramantyo.

    Dalam pada itu, Puteri Sarah mencuri perhatian apabila memuat naik foto berdua bersama pelakon kacak, Refal Hady, 29, di Instagram miliknya.

    Perkongsian itu meninggalkan pelbagai respons dalam kalangan pengikut dan peminat Puteri Sarah di platform berkenaan.

    Bahkan, ada peminat yang tampil mengusik dan berseloroh bahawa susuk Refal dan Puteri Sarah amat secocok sekaligus mahu ‘menjodohkan’ mereka.

    Bagaimanapun, baru-baru ini, segelintir netizen di media sosial menyelar tindakan Puteri Sarah yang berkongsi gambar-gambar di Instagram dengan berpenampilan cantik dan kemas sebagai tidak menghormati tempoh edah.

    Dalam Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap telah menyusun secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan nikah, cerai dan rujuk sebagai satu panduan hukum yang wajib dipatuhi oleh umat Islam.

    Bagi isu yang melibatkan perceraian, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian seperti `iddah.

    Perceraian merupakan salah satu keputusan perpisahan yang diajukan oleh salah satu pasangan dengan alasan tertentu.

    Ini kerana dalam Islam, akibat yang ditimbulkan bagi seorang perempuan yang mengalami perceraian ialah harus melewati masa iddah. Hal ini menjadikan perempuan perlu memiliki waktu menunggu dan menahan untuk menikah kembali dengan orang lain.

    ALSO READ:  Penyanyi Kacak Asal Brunei Kembali Dengan Single Pop Terbaharu Bercerita Perihal ‘Expiry Date’ Dalam Perhubungan

    Sekadar info, Puteri Sarah turut tercalon dalam senarai Aktres TV Popular bagi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang akan berlangsung pada 21 Julai ini di Istana Budaya.


    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts