Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah mendapat kecaman netizen selepas memuatnaik video bersama pegawai polis kontroversi iaitu Inspektor Sheila di laman Instagram-nya.
Hanya Mengalu-Alukan Kedatangan Individu
Shahirah, menerusi video di Instagram berkongsi rasa bengang setelah terdapat netizen yang melemparkan tuduhan bahawa stesen radio tersebut sengaja menjemput pegawai polis berkenaan demi menaikkan rating.
“Aduh radio kita yang kena. Yang upload kita sebab dia singgah. Orang datang kita alu-alukan yang korang cakap orang biadab mana tau dia jumpa kita kot dapat hidayah. You tunggu kinah bagi i lawyer.
Dah malam ni kena screenshot satu persatu yang tak dengar radio kata nak naik rating interview.”tulis Sharifah Shahirah
“Nak Boikot, Boikot Saya, Bukan Suria FM”
Tambahnya lagi, dia sudah mengambil tangkap layar (screenshot) komen-komen netizen yang melemparkan fitnah terhadapnya dan bakal mengambil tindakan.
“Hanis Isyaq ni aku screenshot sorang sorang aku pun pakai lawyer. Nak boikot, boikot saya, bukan Suria FM. Suria FM takde letak apa-apa pun, takde interview pun pasal orang yang biadap, manusia boleh berubah ye.
Saya terpaksa jugak la block orang yang tuduh saya bukan-bukan. Ehh salah tu korang tuduh.”-tulis Sharifah Shahirah lagi
Dalam video yang dikongsikan, Shiera sempat berseloroh mengenai dirinya yang mempunyai kemungkinan akan digantung atau diberhentikan kerja disebabkan isu pegawai polis kontroversi berkenaan.
Apa komen anda?
Credit: Selebriti – Murai MY