Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityShila Nafi Bakal Kahwin Berwalikan Hakim, Akui Status Datuk ND Lala Dan...

    Shila Nafi Bakal Kahwin Berwalikan Hakim, Akui Status Datuk ND Lala Dan Datin Fauziah Masih Sebagai Suami Isteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan.

    Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali.

    Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya.

    Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anaknya.

    Bagaimanapun jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada  pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.

    Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Shila Amzah mengesahkan bahawa ibu bapanya iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman masih berstatus suami isteri.

    Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah berkata, kalau mereka bukan lagi berstatus suami isteri, masakan tidak borang perkahwinannya dengan tunang, Ubai kini sudah lengkap.

    “Disebabkan borang saya dah siap, maknanya mereka masih lagi bersama (ketawa).

    “Kita kena tunggu tapi itulah statusnya secara rasmi (official),” katanya semalam.

    Jelas pelantun lagu Patah Seribu itu lagi, dia bagaimanapun tidak berani mengulas lebih tentang hubungan orang tuanya kerana urusan peribadi adalah hal dewasa yang mereka sendiri harus selesaikan.

    Selebihnya, saya tak berani komen atau cakap bagi pihak mereka.

    “Yang berkahwinnya mereka berdua. Jadi, saya tidak tahu dan tidak mengambil tahu (urusan mereka),” ujar Shila.

    Menurut Shila lagi, bapanya hadir ketika majlis pertunangan sebelum ini atas sebab ikatan kekeluargaan meskipun timbul banyak salah faham.

    “Atas dasar kekeluargaan, begitulah. Untuk nikah nanti pun, yang sudah tandatangan borangnya, tentu jugalah wali saya.

    Tidak mungkin wali hakim. Apa yang berlaku, saya anggap sebagai asam garam kehidupan,” katanya.

    Pada acara semalam juga, Shila memberi bayangan bahawa dia dan tunangnya, Ubai, 25, akan bernikah sekitar Ogos.

    ALSO READ:  Durian Kimchi YouTuber Ryzal Defends His OOTD: “Stop Comparing Men’s Private Parts To Women’s”

    Terdahulu, Shila Amzah, 34 mendedahkan akan menamatkan zaman jandanya dengan pempengaruh, Ubai, 25, tahun ini.

    Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli berkata, perancangan itu adalah hasil perbincangan keluarga kedua-dua pihak, namun bergantung kepada kesihatan ibunya, Rohani Jamal yang menghidap kanser ovari tahap empat.

    Mei lalu, Ubai dan Shila mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar pertunangan mereka dalam media sosial



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts