Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Thursday, July 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentCelebrityShuib Bertemu Adik Miza, Netizen Sebak!-“Rindu & Sayang..”

    Shuib Bertemu Adik Miza, Netizen Sebak!-“Rindu & Sayang..”

    -

    Shopee CNY Sale

    Pelawak dan penyampai radio, Shuib akhirnya menunaikan janjinya untuk bertemu dengan seorang kanak-kanak yang mirip seperti wajah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin iaitu adik Nur Miza Najla Mustaffa, baru-baru ini.

    Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, bekas ibu mentua Shuib iaitu Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa MakDer berkongsi momen Shuib yang ditemani isterinya, Watie Hanifiah bersama anak-anak bertemu adik Miza di sebuah restoran.

    “Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi, kalini bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan 😄.”-kapsyen MakDer di Instagram

    Netizen Sebak!

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat reaksi Shuib ketika bertentang mata dengan kanak-kanak yang mirip dengan arwah Siti Sarah.

    “Shuib cakap ‘IBU’ 😢.”

    “Untung arwah Sarah dapat mak tiri macam Makder ❤️ tapi memang mata ni bergenang tengok Shuib pandang adik Miza.”

    “Ntah kenapa rasa sebak lak tengok time Shuib pandang lama ke muka adik Miza ni 😭.”

    “Cara Shuib pandang tu rasa nak nangisss 😢.”

    “Macam 1 family. Adik Miza langsung tak kekok dengan family arwah.”

    Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Raisuddin pada 2011, namun Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos 2021 disebabkan jangkitan COVID-19.

    Pasangan ini turut dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Iqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

    Shuib kini bergelar suami kepada Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts