Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity“Siapa Je Tak Hafal Lirik Lagu Menuju Puncak Lagu Legend Akademi Fantasia”-...

    “Siapa Je Tak Hafal Lirik Lagu Menuju Puncak Lagu Legend Akademi Fantasia”- Penulis Liriknya, Tessh Meninggal Dunia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penulis lirik Menuju Puncak yang menjadi lagu tema program realiti, Akademi Fantasia (AF), Tessh, 49, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, pada jam 5.46 pagi tadi akibat serangan jantung.

    Memetik laporan berita pemergian Tessh yang juga menghasilkan lirik lagu, Bisakah dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza itu disahkan Pengarah Urusan Taja Archive Publishing, Nafisah Yusof atau Kimmy.

    “Mendiang dikejarkan ke Hospital Putrajaya, Isnin lalu selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

    “Semalam, mendiang dipindahkan ke Hospital Assunta. Mendiang disahkan meninggal dunia pada jam 5.46 pagi tadi.

    “Anaknya memaklumkan ketika ini, anggota keluarga mendiang masih berada di hospital untuk menguruskan jenazah untuk dibawa ke kediaman mereka,” katanya.

    Mendiang meninggalkan seorang balu, Jennifer Natividad, 50, dan seorang anak lelaki, Miguel Rosshaan Shathesh, 14.

    Selain Menuju Puncak, lirik popular dihasilkan Tessh yang menggunakan nama pena Tinta ini adalah Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor; Ingin Bersamamu (Datuk Syafinaz Selamat ); Seribu Impian (Casey) dan Gemuruh (Faizal Tahir).

    Berkongsi pandangan mengenai Tessh atau nama sebenar, R Shathesh, Kimmy menyifatkan mendiang memiliki keperibadian mulia.

    “Meskipun terkenal tetapi mendiang sangat merendah diri. Beliau banyak membantu penulis lirik menjadi lebih maju dan berdaya saing.

    “Mendiang juga mahu diambil sebagai contoh bahawa bidang penulisan boleh dijadikan bidang profesional asalkan pegangan asas hak cipta difahami dan dijaga sebaiknya,” katanya.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts