Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah kembali beraksi di atas pentas selepas lima tahun tidak muncul di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Menyampaikan lagu Romansa Kita secara eksklusif pada malam Kemuncak ABPBH35 pada Jumaat lalu, Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram menitipkan ucapan istimewa buat pihak terlibat yang menjemputnya untuk membuat persembahan pada malam anugerah berprestij berkenaan.
“Terima kasih pihak TV3 dan ABPBH35 kerana mengundang saya untuk membuat persembahan malam tadi (21 Julai).
Anugerah yang selalu menjadi nostalgia dan pemangkin semangat buat saya dan saya juga mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dan menjadi top 5 setiap kategori.”-kapsyen Siti di Instagram
Netizen ‘Komplen’ Lagu Siti Nurhaliza Tidak Sedap?
Di sebalik ramai yang teruja menonton persembahan penyanyi terkenal ini, muncul pula komen seorang netizen yang ‘komplen’ kualiti lagu Siti Nurhaliza yang dikatakan ‘tidak sedap’.
Siti Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Siti Nurhaliza dilihat memberi respon terhadap komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa sesebuah karya kreatif itu subjektif serta tiada yang sedap atau tidak sedap untuk didengar.
“Karya kreatif tu subjektif, takde sedap atau tak sedap . Pengkarya menghasilkan muzik mereka.
Hargai komposer-komposer yang menghasilkan lagu-lagu meski zaman berganti zaman.”-Balas Siti Nurhaliza
Ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Siti Nurhaliza. Apa komen anda?
Credit: Selebriti – Murai MY