Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityTak Halang Anak Lelaki Jalin Hubungan Baik Dengan Rakan Wanita, Misha Omar...

    Tak Halang Anak Lelaki Jalin Hubungan Baik Dengan Rakan Wanita, Misha Omar Kini Beri Tumpuan Terhadap Keluarga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi Misha Omar mengakui bahawa dia tidak menghalang anak lelakinya, Muhammad Adam Emir, 17, berkawan rapat dengan rakan perempuan di sekolahnya walaupun masih dalam usia remaja.

    Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar berkata, sebagai ibu dia cuba memahami jiwa remaja anak muda sekarang yang semestinya pada usia itu sudah mula ada perasaan meminati seorang gadis.

    “Saya dulu pun pernah remaja seperti Adam sekarang. Pada usia itu (remaja), saya tahu kebanyakannya mula nak mengenal kehidupan dan mestilah ada perasaan meminati seseorang. Jadi, Adam kini melaluinya dan saya harus terima hakikat itu.

    “Anak lelaki saya dah besar sekarang. Cepatnya masa berlalu dan Adam pun tak lama lagi akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Doa saya agar dia berjaya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini berkata, dia juga bertindak memperlahankan karier seninya pada tahun ini kerana mahu memberi fokus pada aktiviti pembelajaran anak sulungnya yang harus mengikuti kelas tuisyen dan sebagainya.

    “Saya pun tiada pembantu rumah. Sejak dulu, semua urusan anak-anak saya urus sendiri bersama suami. Alhamdulillah, saya selesa menghantar dan mengambil anak dari sekolah setiap hari. Ia menjadi rutin harian yang membahagiakan.

    “Malah, hubungan dengan anak juga rapat dan itu yang paling penting. Walaupun saya memberi kebebasan kepada anak untuk berkawan, tapi saya mengenali siapa rakan-rakannya. Begitu juga, gadis yang diminati Adam,” katanya.

    Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa, kini berusia tujuh tahun.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts