Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityTak Mahu Begitu Teruja Bercakap Soal Kahwin, Shila Hanya Beri Bayangan Bakal...

    Tak Mahu Begitu Teruja Bercakap Soal Kahwin, Shila Hanya Beri Bayangan Bakal Bernikah Dengan Ubai Pada Bulan Ogos

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi Shila Amzah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, pada Ogos depan.

    Bagaimanapun, Shila, 32 memaklumkan hanya akan mendedahkan tarikh sebenar hari bahagianya selepas bakal ibu mentuanya, Rohani Jamal, 52, selesai menjalani rawatan susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim akibat menghidap kanser ovari.

    “Tarikh perkahwinan sudah dekat dan persiapan perkahwinan sudah 70 peratus dibuat.

    “Tetapi, buat masa ini, saya tidak mahu memaklumkan lagi kerana ibu Ubai masih dirawat di hospital.

    “Saya hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinan selepas ibu Ubai keluar daripada hospital,” kata Shila.

    Shila menjadi tetamu undangan konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 Oktober depan.

    Selain Shila, konsert itu turut menampilkan teraju utama, Judika dari Indonesia dan dua penyanyi tempatan, Haqiem Rusli dan Marsha Milan.

    Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi lagu Tanpa Dirimu ini memaklumkan ingin menyaksikan hari bahagia diraikan oleh orang tersayang.

    “Saya tidak mahu terlalu teruja mengenai bercerita soal perkahwinan demi menjaga perasaan bakal ibu mentua yang sedang sakit.

    “Lagipun, ibu Ubai mahu hadir pada majlis pernikahan dan disebabkan itu, saya belum boleh maklumkan lagi tarikh perkahwinan kami,” ujar anak kepada penyanyi ND Lala ini.

    Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai dalam satu majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.

    Shila dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui sedang berpacaran.

    Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.

    Hasil perkahwinan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

    ALSO READ:  Mahu Jemput Rizky Febian Dan Mahalini Buat Persembahan Di Wedding, Leona Bergurau Umum Bakal Kahwin



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts