Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityTak Mahu Panjang Cerita, Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap Jawi

    Tak Mahu Panjang Cerita, Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap Jawi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah, Syamsul Yusof menarik balik saman di Mahkamah Tinggi pada Khamis, terhadap pegawai penyiasat dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

    Ia berhubung dakwaan menyebar fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibu pelakon itu, Datin Patimah Ismail.

    Peguam, Azahir Nasir yang mewakili pengarah filem ‘Mat Kilau’ berusia 39 tahun itu mengesahkan perkara terbabit, selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang dibuat secara dalam talian.

    Pada 28 Mac lalu, Syamsul memfailkan saman terhadap MAIWP dan dua kakitangan jabatan itu, membabitkan penyebaran fakta-fakta aib dan memalukan kepada ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail dan berhubung kenyataan isterinya, Ira Kazar selepas dipanggil oleh pihak Jawi, Ogos tahun lepas.

    Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif, mengambil tindakan undang-undang itu melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah; Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Jawi sebagai defendan pertama hingga ketiga.

    Menerusi pernyataan tuntutan, pengarah berusia 39 tahun ini menuntut ganti rugi teladan (tidak dinyatakan jumlah) ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.

    Dia juga memohon deklarasi bahawa gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul, Ira atau Faghira Fatini, 28; separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang telah diambil oleh defendan-defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.

    Syamsul juga memohon deklarasi bahawa gambar pernyataan tersebut yang telah dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka.


    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts