Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity‘Tak Perlu Jadikan Babak Pegang Anjing Sebagai Isu’ – Pelakon Ali Arami...

    ‘Tak Perlu Jadikan Babak Pegang Anjing Sebagai Isu’ – Pelakon Ali Arami Yakin Sudah Rujuk Tokoh Agama Dan Dalil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon Ali Arami, 33, menyifatkan tindakannya memegang anjing dalam satu babak filem Adoiii Jiwaku tidak perlu dijadikan isu atau kontroversi.

    Memetik laporan laman berita, Ali ketika ditemui berkata, ia bukan satu masalah yang perlu dijadikan isu kerana kita ada tokoh agama dan dalil yang boleh dirujuk.

    “Selepas buat babak itu pun kami terus samak. Seperti yang kita tahu, anjing bukan haram tetapi adalah najis. Kita ada mufti dan kita ada dalil. Jadi, itu bukan satu masalah sebenarnya. Lagipun, selepas itu memang terus samak.

    “Memang lepas penggambaran babak itu pun (pegang anjing), pihak produksi dah sediakan tanah, air (untuk samak) dan sebagainya. Jadi, tak ada masalah,” katanya.

    Ali yang juga pelakon lagak ngeri dan bekas atlet sukan wushu berkata, antara sebab dia dipilih berlakon dalam filem itu ialah kerana fasih berbahasa Mandarin dan pernah bersekolah rendah serta menengah di sekolah aliran Cina.

    “Malah, untuk dialog kasar dan sensitif dalam filem ini pun saya okay saja. Sebabnya, dulu dah biasa ketika di sekolah Cina. Satu lagi, saya pun bukan jenis yang kisah orang nak cakap apa, biarlah. Asalkan mesej yang saya sampaikan itu boleh diterima,” katanya.

    Babak itu memaparkan Ali dan seorang lagi pelakon, Anuar Abdul Hamid memegang anjing kerana mahu membantu melepaskan haiwan itu yang di dalam kesakitan.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts