Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityTak Tahan Nak Termuntah Bau Suami, Tom Alami Alahan Kehamilan Teruk

    Tak Tahan Nak Termuntah Bau Suami, Tom Alami Alahan Kehamilan Teruk

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Wanita hamil memang akan ada perangai pelik yang mesti difahami oleh para suami untuk mengelakkan berlaku salah faham dan melabel isterinya mengada-ngada.

    Sebenarnya ia terjadi sendiri dan di luar kawalan wanita mengandung. Bayangkan, makanan yang disukai ketika mengandung jadi tak suka. Bau suami pun mula buat jadi loya.

    Suami mana yang tak gembira dan bersyukur bila isteri tersayang disahkan sudah mengandung.

    Namun para suami terutama yang pertama kali bakal bergelar ayah perlu bersedia mental dan emosi untuk berhadapan dengan bermacam perangai ‘pelik’ si isteri.

    Sebagai contoh, akibat mengalami alahan kehamilan teruk, penyanyi, Tom yang kini hamil dua bulan terpaksa menolak tawaran persembahan buat sementara waktu.

    Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, rutin hariannya terganggu kerana keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan ketika ini.

    “Setiap kali hamil saya memang mempunyai alahan yang teruk. Lagipun apabila semakin meningkat usia, badan semakin lemah berbanding dulu. Kali terakhir mengandung adalah 10 tahun lalu, namun diberikan rezeki untuk mengandung lagi.

    “Sebelum ini tiada rezeki kerana saya memang seorang yang lasak dan banyak ‘show’, namun kali ini terpaksa kurangkan kerana kesihatan pun tidak mengizinkan.

    “Alhamdulillah selepas mendirikan rumah tangga dengan Fuad, saya banyak ditawarkan untuk membuat persembahan di Singapura. Pakej suami isteri dan menumpang rezeki Fuad di sana.

    Menurut Tom, hidungnya juga menjadi bertambah sensitif dengan bau-bauan sejak hamil. Malah, dia juga tidak dapat memasak sepanjang tempoh ini kerana alahan yang dialami.

    “Saya tidak boleh menghidu sesuatu yang terlalu wangi dan sebarang bau-bauan. Malah, bau anak-anak dan suami pun boleh membuatkan saya pening dan loya.

    Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada majlis tertutup pada 26 Februari lalu.

    ALSO READ:  Michelle Yeoh Bergelar Isteri Kepada Jean Todt Selepas Hampir 20 Tahun Bertunang!

    Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalin hubungan cinta pada 2005, namun, berpisah pada 2010.

    Cinta mereka bertaut semula selepas masing-masing terbabit dalam Gegar Vaganza musim kesembilan, tahun lalu.


    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts