Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity“Takut” Jadi Wakil Rakyat Negeri Islam, Baby Shima Batal Hasrat Bertanding Jika...

    “Takut” Jadi Wakil Rakyat Negeri Islam, Baby Shima Batal Hasrat Bertanding Jika Dicalonkan Di Kelantan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa tidak kenal dengan celoteh penyanyi kontroversi, Baby Shima yang sentiasa menjadi perhatian ramai disebabkan video menari geleknya yang sering tular di media sosial.

    Terkini, teka-teki sama ada penyanyi dangdut, Baby Shima akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) masih lagi menjadi tanda tanya susulan perkongsian videonya di laman Instagram pada Selasa.

    Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia membatalkan hasratnya hendak bertanding dalam PRN sekiranya ditempatkan di Kelantan.

    “Alamak kalau macam itu, maaf YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Shima tidak jadi nak bertanding.

    “Maaf semua tak jadi nak tanding,” katanya dalam ruangan perkongsian video pada Selasa.

    Menerusi video tersebut, Baby Shima sedang bertanya kepada bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengenai negeri mana sesuai untuk bertanding dalam PRN akan datang.

    Khairy menjawab pertanyaan tersebut dengan mencadangkan Kelantan sebagai lokasi sesuai untuk Baby Shima.

    Pada Isnin, Baby Shima mengumumkan dirinya akan bertanding pada PRN tidak lama lagi.

    Bagaimanapun, Baby Shima tidak memaklumkan parti mana yang akan diwakilinya nanti.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Julai lalu menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian, manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

    Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts