Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentCelebrityTegur Badan Anak Istimewa Zarina Zainuddin Gemuk, Netizen Minta Azal Diet Khuatir...

    Tegur Badan Anak Istimewa Zarina Zainuddin Gemuk, Netizen Minta Azal Diet Khuatir Badan Menjadi Obes

    -

    Shopee CNY Sale

    “Suruh dia dietlah. Takut nanti jadi obesiti”.

    Itu kata netizen terhadap pelakon Zarina Zainuddin apabila dia berkongsi video menunjukkan anaknya, Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal tidak berbaju hingga menampakkan tubuh berisi.

    Dalam video tersebut, anak muda berusia 23 tahun itu sedang menyanyikan lagu kebangsaan negara jiran iaitu Majulah Singapura dengan lancar.

    Rata-rata dilihat rancak meninggalkan komen menasihati anak ketiga Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Mohd. Zainuddin agar menurunkan berat badan.

    “Azal anak yang sihat. Janganlah biarkan dia gemuk. Ajak dia berolahraga supaya tidak sakit,” komen peminat.

    “Mungkin agak kurang karbohidrat dan lebihkan makan sayur-sayuran dalam menu. Kalau berat badan terjaga, insya-Allah lebih sihat,” kata netizen.

    “Azal bila mahu pergi gimnasium lagi? Bukankah sebelum ini bersemangat mahu bersenam?,” soal pengikut.

    Tinjauan dalam Instagram Zarina mendapati pelakon drama i-Tanggang itu tidak memberikan sebarang respons berhubung tohmahan netizen terhadap anaknya.

    Bagaimanapun, selain kritikan mengenai fizikal Azal, ada juga pengikut yang memuji nyanyian anak Zarina itu.

    Tahun lalu, Azal pernah terpalit dalam kontroversi apabila ada individu tidak bertanggungjawab meletakkan maklumat dirinya sebagai orang gila dalam laman Wikipedia.

    Azal adalah putera sulun Zarina yang turut mempunyai kembar bernama Azil hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

    Selain pasangan kembar yang disahkan menghidap autisme itu, aktres itu turut dikurniakan dua lagi putera, Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts