Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityTidak Menganggap Dirinya Tewas Dalam Perjuangan, Puteri Sarah Akui Mengalah Hanya Demi...

    Tidak Menganggap Dirinya Tewas Dalam Perjuangan, Puteri Sarah Akui Mengalah Hanya Demi Kesihatan Mental

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan tindakannya menarik dan menyelesaikan saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar di luar mahkamah bukan bermaksud dirinya tewas dalam perjuangan.

    Katanya, tindakan tersebut adalah bagi memastikan kesihatan mentalnya tidak terjejas selain ingin merasai kebebasan serta kebahagian bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

    “Mengalah tidak bererti kalah, saya lebih memilih kesihatan mental dan kebebasan sendiri.

    “Selain itu, saya pilih kebahagiaan saya dan anak-anak kerana kebebasan amat berharga. Doakan saya ya,” katanya membalas komen seorang individu dalam Instagram.

    Menjawab soalan peminat yang kecewa dengan tindakannya menggugurkan saman tersebut, pelakon drama Hijrah Jannah itu menjelaskan dia terbuka untuk membantu mana-mana wanita yang dianiaya atau mengalami masalah rumah tangga.

    “Ya, saya buka jalan untuk semua tetapi kebebasan itu bukan percuma.

    Dalam pada itu, keputusannya keluar bekerja dalam tempoh edah turut meraih pelbagai reaksi ramai.

    Jelasnya, dia sudah memberitahu bekas suami untuk keluar bekerja dalam tempoh tersebut.

    “Boleh keluar rumah dengan memberitahu bekas suami dalam tempoh edah.

    Pada 5 Julai lalu, kes saman antara Puteri Sarah dengan Ira dan dua ahli keluarganya disahkan selesai di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur.

    Saman tersebut difailkan pada Jun 2022 terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin atas dakwaan mengganggu rumah tangganya.

    Terdahulu, Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

    Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, serta Summayah kini berusia empat tahun


    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts