Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityUqasha Senrose Akui Lebih Terasa Jika Ada Individu Sindir Nelydia Dan Raysha...

    Uqasha Senrose Akui Lebih Terasa Jika Ada Individu Sindir Nelydia Dan Raysha Gara-Gara Belum Ada Zuriat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Soal zuriat bukanlah di bawah kawalan manusia, kita hanya mampu berusaha, merancang. Selebihnya Allah yang menentukan bila masa yang tepat untuk mak, ayah perolehi seorang “anak”.

    Ini kerana manusia ujiannya berbeza, bersyukurlah jika telah dikurniakan anak walaupun hanya seorang.

    Berbahas soal ini, aktres jelita, Uqasha Senrose mengakui sedikit terasa apabila ada individu yang menyindir dirinya dan adik-beradik iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose gara-gara belum memiliki zuriat.

    Jelas Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia tidak tahu apa motif sebenar individu berkenaan sehingga mengguris hatinya, malah enggan ambil peduli dengan sindiran tersebut.

    “Saya tak terasa bila dia bercakap pada saya, tetapi bila kaitkan dengan adik-beradik, sesiapa pun akan sedikit terasa.

    “Saya tak kisah mengenainya sebab saya juga baru setahun jagung dalam perkahwinan. Saya mahu fokus pada kerjaya dahulu, kalau ada anak, saya risau tak boleh beri komitmen pada kerja.

    Dalam pada itu, isteri kepada aktor Kamal Adli ini tidak menolak kemungkinan dia dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata, sebaliknya hanya berserah kepada Yang Maha Esa.

    “Ia soal rezeki daripada Allah. Ada kemungkinan saya belum bersedia, suami belum bersedia, kewangan juga. Banyak perkara perlu diambil kira.”Kami juga masih dalam fasa mengenal hati budi, orang kata tempoh lima tahun pertama dalam perkahwinan adalah cabaran paling besar.

    “Jika diberikan rezeki awal, adalah. Saya juga pernah mengandung, bukan tak pernah, tak terasa pun tetapi bila kaitkan adik-beradik, saya terasa juga,” jelasnya lagi.

    Terdahulu, Uqasha mendedahkan bahawa dirinya mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November, 2021

    ALSO READ:  Hubungan Seks Makin Baik & Hangat Selepas Kamu Lakukan Senaman Ini…



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts