Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi khabar duka apabila dirinya telah mengalami keguguran anak kedua.
Uyaina, menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik video kejutan buat suaminya, Raja Syahiran, memberitahu mengenai dirinya yang hamil anak kedua ketika sedang bercuti, pada Mei lalu.
“Video ni diambil waktu bulan 5 masa kami bercuti di Anantara. Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Happy..Tak boleh diungkap dengan kata-kata. Syukur.”-kongsi Uyaina
Keguguran Cahaya Mata Kedua
Walaubagaimanapun, kegembiraan mereka untuk menanti cahaya mata kedua bertukar kepada duka apabila Uyaina mengalami keguguran.
“Tapi sayang..Kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdulillah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu…”-tulis Uyaina di Instagram
Rakan Selebriti & Peminat Titip Kata-Kata Semangat
Perkongsian Uyaina di media sosialnya dihujani dengan komen rakan selebriti serta peminat yang meluahkan rasa sebak terhadap ujian yang menimpa Uyaina, malah ramai yang menitipkan kata-kata semangat agar tabah dalam menghadapi apa yang berlaku.
“Yana. Aku tak baca habis. Baca habis baru faham. InsyaAllah, doakan aku jugak lepas ni tau. Nak 2nd jugakk ❤️❤️❤️.”-Ain Edruce
“Happy birthday bang Syahiran, Alfatiha untuk baby syurga. Sihat selaku kakak dengan abang ❤️ .”-Dinda Permata
“Uyaina. Semoga Allah sentiasa bagi kekuatan for you and family ❤️.”-Hawa Rizwana
“Alhamdulillah adik. Moga Allah sentiasa melindungimu sekeluarga. Aamin.”-Normala Samsudin
“InsyaAllah Allah gantikan yang lebih lagi.”
“Meleleh pulak air mata ni.”
“Bahagia selalu kalian ❤️. InsyaAllah nanti akan ada rezeki adik Urhan lagi ya.”
Sekadar info, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021. Pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang dilahirkan pada 8 September 2022.
Credit: Selebriti – Murai MY