Produser terkenal, Datuk A. Aida menuntut seorang individu yang dikenali sebagai Datuk S yang didakwa masih belum menjelaskan hutangnya yang bernilai RM1.3 juta.
Dalam Proses Perbincangan Dengan Pihak peguam
Menurut A. Aida, individu berkenaan memberikan pelbagai janji manis ketika mahu meminjam wang daripadanya. Malah dirinya kini sedang dalam proses perbincangan dengan pihak peguam untuk menyelesaikan isu tuntutan wang terhadap Datuk S.
“Kepada Datuk S tu, bayar cepat duit saya 1.3 juta. Masa nak duit, janji macam-macam lepastu tak nak bayar. Bila kita minta, itu ini tak boleh. Tunggu kita nak bincang dengan lawyer.
Sampai ke lubang cacing ku akan cari. Jangan ingat boleh terlepas. Negara kita ada undang-undang. Kena ajar spesis penipu ni.”-tegas A. Aida di Instagram
“Saman Je..”
Hantaran tersebut mendapat perhatian pengguna di laman maya dengan pelbagai reaksi netizen yang tergamam dengan nilai hutang yang terlalu tinggu, malah ada yang menyarankan produsen ini untuk memfailkan saman terhadap Datuk S.
Adakah anda tahu siapakan Datuk S yang dimaksudkan oleh A. Aida?
Credit: Selebriti – Murai MY