Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila bekas pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bibik Tudung telah kembali untuk berkhidmat bersama keluarganya.
Pernah Mahu Bersara & Tidak Akan Kembali Ke Malaysia
Menurut Aliff menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa dan keluarga pada awalnya tidak mahu menaruh harapan yang tinggi apabila Bibik Tudung memberitahu bahawa dia akan bersara dan tidak akan kembali ke Malaysia setelah lebih dari 10 tahun berkhidmat dengan mereka.
“Kisah seorang bibik tudung. Sebenarnya tahun lepas dia ada bagi tahu kat saya yang anak dia dah tak bagi dia bekerja di sini sebab terlalu lama, lagipun dia kata nak pencen dah tak nak datang Malaysia dia sedih sangat masa tu sebab dah anggap kami macam keluarga dia.
Sebab tu saya tak menaruh harapan yang tinggi untuk dia kembali bekerja disini. Jadi kami reda walaupun perasaan sedih satu keluarga tidak dapat kami elakkan, bayangkan seorang dah bersama kami lebih 10 tahun hilang 😭😭 dan kini timbul tiba ❤️❤️.”-kongsi Aliff Syukri
“Tapi Kasih Sayangnya Terhadap Keluarga Saya…”
Menganggap Bibik Tudung seperti ibunya sendiri, Aliff menyatakan bahawa dia sukar untuk mencari pengganti pembantu rumah yang mempunyai keikhlasan yang tinggi dalam bekerja dan menjaga keluarganya seperti yang Bibik Tudung lakukan.
“Dia hanyalah orang luar dari Indonesia yang saya tidak kenal sebelum ini yang dah berkhidmat lebih 10 tahun. Tapi kasih sayangnya terhadap keluarga saya sukar untuk cari ganti Bibik Tudung.
Dah beberapa orang bertukar, ada yang datang sini mencuri duit, ada yang datang sini nak pacaran, ada yang pemalas dan macam-macam lagi. Semoga kehadiran Bibik Tudung ini memberi kebahagiaan kami sekeluarga Aamin Aamin.”-tulis Aliff
Apa komen anda?
Credit: Selebriti – Murai MY