Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pengacara hebat ini, iaitu Nabila Huda. Beliau mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis serta merupakan anak sulung kepada lagenda rock terkenal Datuk Amy yang merupakan vokalis utama dalam kumpulan Search.
Sejak kebelakangan ini, Nabila Huda sering kelihatan meluangkan masa bersama anak daranya iaitu Kesha Laila yang kini berusia 14 tahun.
Buatkan Bekalan Makanan Untuk Anak
Baru-baru ini, Nabila Huda memuat naik satu video di laman twitter miliknya yang meraih perhatian ramai. Video tersebut meraih sebanyak 524 ribu jumlah tontonan dan mendapat 5 ribu tanda suka.
Dalam video berkenaan, memaparkan Nabila Huda sedang siapkan bekalan untuk anaknya itu. Nabila huda membuat menu yang ringkas namun khasiat iaitu nasi bersama ikan salmon kemudian kacang peas dan buah anggur.
Kembali dengan lunch box lama sebab keisha cakap sikit sangat lah food semalam! Haha. Adoii!! Tapi tempat soup masih boleh pakai la..Ok so menu hari ni, Flame seared salmon mentaiko with japanese rice, boiled edamame with kosher salt, instant miso soup and grapes sudah siap!!😋 pic.twitter.com/uScagPc3Id
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) July 11, 2023
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut, ada yang mengatakan bahawa Nabila Huda merupakan seorang ibu yang sangat rajin serta mereka terliur dengan air tangan itu.
“Buat hari-hari please”-tulis mereka
“Jeling acik kantin kalau tengok bekal Keisha hari2”-ujar mereka
“Heavennya Keisha, ni kalau my keisha tengok confirm minta bekal sama”-tambah mereka
“Aku pagi-pagi terhuyung hayang buat bekal anak itupun nugget airfryer, dia punya effort next level betul. tapi tengok dari tangan abil ni memang species mak mak rajin ke dapur”-kata mereka
Apa-apa pun, tidak kiralah sama ada selebriti ataupun tidak, makanan yang terbaik adalah makanan yang dibawa sendiri dari rumah kerana dijamin sihat dan bersih. Apa kata anda?
Credit: Selebriti – Murai MY