Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrity Netizen Teruja Lihat Rutin Harian Watie Selepas Berkahwin!

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Rutin Harian Watie Selepas Berkahwin!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan sensasi iaitu Watie Hanifah telah pun melangsungkan perkahwinan bersama pelawak dan penyampai radio terkenal iaitu Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib, pada 23 Jun yang lalu.

    Keakraban Watie bersama anak-anak Shuib kini semakin terserlah apabila sering memuat naik video bersama mereka di media sosial miliknya.

    Netizen Mula Suka Lihat Watie Selepas Kahwin

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman instagram milik watie yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 377 ribu, 45 ribu tanda suka dan komen sebanyak 1 ribu.

    Dalam video berkenaan, memaparkan rutin harian Watie dan Shuib menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Dalam video berkenaan juga memaparkan Watie menyediakan sarapan dan bekalan untuk dibawa ke sekolah. Watie kini telah mengambil alih tugas allahyarhamah Siti Sarah dalam menjaga anak-anak agar membesar dengan baik dan tertib.

    Rata-rata netizen komen pada video tersebut bahawa mereka teruja melihat Watie menjalankan tugas sebagai seorang ibu, mereka juga memuji pakaian Watie selepas berkahwin dengan Shuib yang terlihat berpakaian semakin longgar.

    “Lepas kahwin ni tengok Watie pakai baju2 longgar je semua, pandai Shuib jaga wife dia”

    “Seronok Matin mommy layan dia, kalau tidak, Talita je mau merajuk pulak Matin.”

    “Alhamdulillah good mummy, tudung dah mula labuh”

    “Bila lihat anak-anak yatim yang kematian ibunya sekarang akhirnya mendapat penganti ibu yang penyayang. semoga anak2 Shuib akan membesar dengan sihat, bahagia, ceria till jannah”-kata mereka

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan kesihatan yang berpanjangan dan semoga Shuib bahagia bersama Watie dan anak-anak mereka.

    Apa kata anda?



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts