Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat.
Selain sibuk menguruskan keluarga, Baru-baru ini Tokti baharu sahaja mengeluarkan albumnya yang ke dua puluh diberi nama ‘Sitism’. Album tersebut mengandungi 8 buah lagu baru yang dikeluarkan oleh syarikat Siti Nurhaliza Production Universal Music Group Malaysia.
Ayah Je Yang Boleh Guntingkan Rambut, Ibu Kena Duduk Jauh
Baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik @beausiti.byrayaaronz yang meraih perhatian ramai. Video tersebut meraih jumlah tontonan sebanyak 986 ribu, 30 ribu tanda suka dan komen sebanyak 1 ratus.
Di dalam video tersebut, memaparkan Tokti sedang merakam suaminya Datuk K yang sedang mengunting rambut anaknya, Afwa.
“Ibu kena jenguk dari jauh, kalau ibu dekat nanti takut dia meraung nak ibu. Anak ayah takleh orang sentuh rambut dia, ayah je boleh potongkan”-kata Tokti
@beausiti.byrayaaronz Itulah Afwa 😍 ❤️ #sitinurhaliza #Ctdk #Love #BeauSiti #BeautEssence #Cantik #Sihat #Bertenaga #SitiZen #ByRayAaronz #RayAaronzMallHq #RayAaronz #SimplySiti
♬ original sound – SITI NURHALIZA MALL – SITI NURHALIZA MALL
Rata-rata netizen teruja apabila melihat video tersebut. Mereka menyatakan perkara yang sama yang berlaku kepada mereka dan adik beradik serta anak-anak ketika masih kecil.
Apa-apa pun, semestinya anak kecil lebih selesa apabila ayah sendiri yang memotong rambut tambah pula anak lelaki.
Apa kata anda?
Credit: Selebriti – Murai MY