Farah Dhiya Mohamed Amin atau lebih dikjenali sebagai Farahdhiya merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Farahdhiya mula meraih perhatian dan lebih dikenali ramai selepas lagunya yang bertajuk ‘Bertakhta Di Hati’ meraih kejayaan yang besar.
Lagu tersebut telah menjadi lagu yang tidak lapuk dek zaman dan lagu yang akan sentiasa diminati. Farahdhiya juga sebelum ini pernah menyertai program realiti nyanyian Gegar Vaganza dan meraih tempat naib juara pada musim kedua rancangan itu.
Masih ‘Maintain’ Sampai Sekarang
Baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik @a.aida mengenai Farahdhiya yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, sebanyak 81 ribu tanda suka dan komen sebanyak 2 ratus.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Farahdhiya sedang membuat persembahan dengan menyanyikan lagu ‘Bertakhta Di Hati’ di majlis perkahwinan pengarah hebat iaitu A. Aida.
@dato.a.aida @farahdhiya -tq sayang @Azie Couture
Rata-rata peminat yang melihat video tersebut komen kagum akan Farahdhiya yang ‘maintain’ cantik serta suaranya sama seperti dulu. Tambah mereka lagi, suaranya padu walaupun hanya menyanyi ketika duduk.\
“Suara Farahdhiya Memang sedap dari dulu, auto nk p karoake dengaq”
“Farahdhiya, pernah jumpa sekali je masa darjah 6. now i am 26. She is soooo stunning, masih sama sampai sekarang”
“Sampai lupa yang dia ni penyanyi, She’s so goosd in acting too”-kata mereka
Apa-apa pun, suara Farahdhiya memang sedap, jika pergi ke pusat karaoke pasti salah satu lagunya akan menjadi pilihan. Apa kata anda?
Credit: Selebriti – Murai MY